Wednesday, December 12, 2018

Selepas 6 tahun...

Nampaknya blog ni memang jarang di update. Masa belek email lama, sekali ternampak balik Papa Surarumah. Tiba-tiba teringat, dulu ada buat blog pasal story hidup aku. Sekali tengok, lebih 5 tahun takde post baru.

Logo baru sempena kedai baru di Nilai 3


Alhamdulillah, selepas 6 tahun, kedai tinted aku nama Mekapkereta Sejuk masih wujud dan beroperasi. Walaupun tidaklah sehebat nama besar yang lain, namun aku bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki untuk terus istiqomah dalam perniagaan ini. Kini, operasi kedai telah berpindah ke Nilai 3. Kedai yang lebih selesa untuk pelanggan dan operasi kami. Aku pula masih berada di kedai dan masih lagi memasang tinted. Walaupun dulu aku rancang, lepas 5 tahun, aku nak pantau je. Haha...

Bila kau dah buka kedai ni baru kau tahu senang ke susah nak sustain and maintain in business. Bukan setakat nak cari sale, nak manage account, nak jaga staf, nak berurusan dengan supplier, nak buat promotion, nak pastikan kerja kau tip top lagi. Easier said than done. Terima kasih untuk isteri yang banyak membantu dan berkorban. Rasa macam baru je buka kedai, tup-tup dah lebih 6 tahun. Masa sangat pantas berjalan. Anak-anak aku pun dah masuk sekolah (kecuali yang kecil sekali umur 4 tahun).

So dah lebih 6 tahun ni, apa yang aku achieve? Rumah banglo? Kereta mewah? Semua tu aku takde. Sebaliknya hanya motor EX5 dan kereta buatan tempatan sahaja. Tapi aku dapat kebahagiaan dan masa bersama keluarga (walaupun kadang-kadang stress dengan business). Cuma di kala ini, aku dapat pengajaran yang paling penting. Elakkan dari berhutang atau selesaikan hutang secepat mungkin. Apabila berniaga ni, kita tak tahu rezeki kita. Kena sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakkal. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jadi, masa kat atas tu beringat lah.

Percaya juga bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Rezeki boleh datang bila-bila masa sahaja. Ada waktunya kau tunggu je customer seharian, tapi tak kunjung tiba. Ada harinya, sampai tak menang tangan kau nak layan. Jadi, berusaha lah sebaiknya.

Panjang pula posting kali ni. Lama tak menulis. Nanti aku share kan sedikit pengalaman aku dan perniagaan. Bagaimana aku berpindah kedai, masalah perniagaan, staf dan sebagainya :)

Jangan lupa boleh layari blog aku yang satu lagi

http://mekapkereta.blogspot.com

Facebook kami
http://facebook.com/mekapkeretasejuk

#tipsmekapkereta
#mekapkeretasejuk
#jomtinted
#tipspenjagaankereta
#minyakenjinasli
#kedaitintedmurah
#kedaitintednilai
#kedaitintedbangi
#kedaitintedputrajaya