Showing posts with label kedai tinted. Show all posts
Showing posts with label kedai tinted. Show all posts

Thursday, March 14, 2019

Tips menggembirakan isteri..



Tips menggembirakan isteri..


Wahai suami, jika anda tak mampu sediakan pembantu rumah atau peralatan rumah yg mahal, ini ada cara yg murah dan mudah yg pasti membuatkan isteri anda lebih gembira 🤗

1. Jika tak mampu belikan steam iron yg ribu riban tu, bantulah isteri anda menggosok baju. Nescaya mereka lebih seronok berbanding dapat hadiah iron tu 😁

2. Jika tak mampu belikan mesin basuh / dryer yg dahsyat, anda yang tolong basuh / sidai baju. Pasti isteri lebih gembira.

3. Jika isteri letih, apa kata anda yang urut isteri. Lebih jimat dan lebih mengeratkan kasih sayang 😁

p/s : tapi kalau anda mampu, sediakanlah apa yg boleh. Kita nak tolong pun lagi senang

Wajah kepuasan. Sumber dari blog Mekapkereta



Monday, May 13, 2013

Lamanye rasa...

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera.

Fuh, lebih 6 bulan x update blog ni. Lamanye rasa....sebenarnya banyak perkara yg berlaku kepada ku dan keluargaku dalam 6 bulan ini. Saje nak share ngan korang semua..kronologi cerita seperti di bawah..(fuh, mcm tulis novel plak dh. haha...)

The beginning :-

Sewaktu aku sedang menikmati makan malam bersama isteri dan anak-anakku bersama adik iparku (pada bulan September lepas), tiba-tiba adik iparku mencadangkan untuk aku membuka kedai. Dia kata dia pump modal. Selepas perbincangan dan membuat analisa teliti, kami bersetuju untuk membuka kedai Tinted. Alhamdulillah pada 17 Nov 2012 kami telah membuka secara rasmi kedai kami yang diberi nama Mekapkereta Sejuk di Taman Putra Kajang. Selain dari adik iparku, adik beradik isteriku bersama keluarganya juga top up modal.

The interval :-

Jadi kini aku dah x bergelar surarumah lagi namun aku masih membawa anak-anakku sekali sekala ke kedai. Namun aku rasa xde salahnye gelaran papasurarumah tu. hahaks..sbb mmg dh lama pn aku dok rumah. Alhamdulillah kedai kami dah beroperasi hampir 6 bulan. Cabaran? Sudah pasti ada turun naik namun setakat ni alhamdulillah rezeki dari Allah sudah lebih 6 bulan kami beroperasi :) Kat bawah ni aku letakkan gambar2 kedai untuk tatapan anda.

Selain dari tinted kereta, kami pun ada buat tinted untuk pejabat dan juga rumah. Jom la datang ke kedai kami di :-
Mekapkereta Sejuk,
No 9G, Jalan Putra 2, 
Taman Putra Kajang, 43000 Kajang,
Selangor.

Contact : 019-660 6365 (cal, sms, wassap, wechat)

The ending :-

Buat masa ni xtau lagi ending camne, mungkin aku dok rumah kembali dan memantau sahaja. Hehe..tapi mungkin in few years to come bole aku ceritakan progress kami dan diharapkan semakin maju hendaknya
In Sya Allah :) Jom Tinted! Hehe (promo sket..huhu)




Enjoy!!