Monday, August 13, 2012

Kenanga Wholesale City

Assalamualaikum. Lama gak x menulis. Maklumla, ramadhan dah nak penghujung, raya pn dh semakin hampir. Kene selesaikan beberapa perkara dulu. Hehe..jadi agak tertinggal blog ni. Tapi xpe, kini disajikan untuk anda (terutama yg suka shopping) tempat yg kini menjadi sebutan iaitu Kenanga Wholesale City.

Gambar dari Blog Yunus Badawi

Hari Ahad lepas, kami sekeluarga termasuk adik ipar aku pergi ke KL. Pada asalnya tujuan ke sana nak tanyakan mengenai kereta baru. Adik iparku nk beli, aku tolong bawak je. Huhu..So lepas dh sok sek sok sek bersembang pasal kereta kt showroom ngan kawan aku yg juga Sales Executive kt sana, dalam tengahari gitu dh xtau nk buat apa. Nak balik rumah mcm awal sangat. Baru pukul 12 lebih masa tu, so kitorang pn decide nk ke Kenanga Wholesale City (KWC). Mulanya cadang nk g esok (Rabu 15 Ogos) tp since dh kt sana, saje la jengok2 dulu tempat yg salu digembar gemburkan tu. Hehe..

Aku letak kete kt dalam kompleks since mudah memandangkan aku ada anak kecil dan ianya PERCUMA! Hehe..cuma naik sampai tingkat 13 la nk parking. Huahuahua..tmpat letak kereta dia selesa, lif pn selesa (cuma lmbat sket since ad 16 tingkat n ramai nk naik turun). So, kami pun memulakan dari tingkat 6 utk window shopping sebelum turun ke tingkat2 lain. Bila tengok je kt situ teringat masa pergi China dulu, mcm tula lebih kurang keadaan dia. Banyak kdai2 pastu kalo beli banyak dpt diskaun. Kat tingkat 6 tu mostly baju kanak2 banyak. Ada jugak baju untuk wanita tp x banyak. Yg menariknya, kalo beli 3 helai pn dh dpt mcm rege borong. Contoh sehelai baju RM 30, kalo beli 3 helai patut RM 90. tp cuma RM 45 je. Murah kn? Mostly mcm tu la cara berniaga kt sana. Since nama dia pun wholesale. Sempat la beli baju anak aku 3 helai sbb dpt 50%. Pastu kitorang pun berhenti kejap nk solat. Surau kt tingkat 16. Mula tu agak risau la kot surau dia x selesa ke, tapi alhamdulillah surau dia selesa. Tempat menunggu pn selesa.

Lepas dh solat, terus turun kt LG nk ke ATM dan sempat la beli baju kemeja aku sehelai. Adik ipar aku pn beli baju kt bawah tu. Hehe..Kt bawah banyak kedai jual baju lelaki. Jangan risau, kt KWC ad tulis siap dh kedai apa yg jual apa. So mudah la kita nk jalan, xdela nk kena ronda setiap tingkt. Bole pergi ke tingkat yg perlu je. Lepas tu sebelum bertolak balik, masa naik ke atas tu ad tgk kedai jual baju muslimah. Tak salah aku tingkat 3A kot. Wife aku sempat beli jubah. Kalo sehelai RM 40, beli 2 dapat RM 70. Dapatla utk wife aku juga. Lepas tu, kitorang pun bertolak pulang since dh malam pn waktu tu. Kedai kt sana dalam pkul 7 mostly tutup dh. Jadi pada sesiapa yg nk ke sana tu better g awal sbb diorg pn tutup awal. Hehe..

InsyaAllah esok nak tengok baju melayu aku n baju raya wife aku. Hopefully x sesak di sekitar KL nnti. Kot ramai yg balik dh. Hehe..Sekian  dulu utk waktu ni :)

2 comments:

  1. belum sampai lg kat situ. My hubby bab2 nak ajak shopping ke KL ni dia malas sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya. Aritu sempat pergi 2nd round sbb nk beli baju raya anak2. Selepas dh round semua tingkat jualan kt situ, leh dirumuskan, mostly byk baju kanak2 especially kanak2 perempuan dan juga pakaian wanita. Pakaian lelaki kat sebelah bawah banyak. Tapi lain2 x berapa banyak. Mostly dikuasai oleh kedai2 pakaian kanak2 (especially pompuan) dan pakaian wanita. Baju kanak2 lelaki aritu pun dapat kt Jusco Maluri. Kebetulan harga tengah sale dan ada yg murah2. Dapatla beli sikit untuk raya :)

      Delete