Monday, September 3, 2012

Hospital oh Hospital


Assalamualaikum..dah  lebih dari 2 minggu kita dalam bulan Syawal. Lama jugak aku x update blog. Nak kata sibuk beraya pun x juga, tapi sibuk menguruskan keluarga.

Dalam hari ke 7 raya mcm tu, aku n family bertolak balik dari kampung. Dalam pukul 11 malam gitu kitorang bertolak dari kampung. Dalam perjalanan tu, anak perempuanku macam demam sikit. So kitorang proceed terus sampai ke Hospital Selayang. Sebelum tu kitorang singgah kat umah akak iparku kt Bukit Beruntung. Since anak sulung aku tengah tido, so kitorang pun mintak tlg parents wife aku n akak iparku tlg tengokkan anak aku kejap since kitorang nak bawak adik dia ke hospital  (time tu dah pukul 2 pagi gitu).

Bila sampai je hospital, terus masuk emergency n doktor pun diagnos btau kene amik Neb. Ingat lepas amik Neb boleh balik. Tapi doktor kata kene masuk wad sbb anak aku kecik lagi, nk tgk cmne perkembangan dia since dia demam n nafas laju. Masa tu terus aku teringat balik masa anak-anak aku masuk hospital. Rasa macam nak pitam pun ada. Masa tu pun aku dh hampir 24 jam x tido. Tapi gagahkan juga, dan dalam pukul 6 pagi tu anak aku masuk wad. Kitorang try mintak utk wad 1st class utk mudah sikit aku nak stay tapi nurse btau utk pediatrik hanya ada wad  kelas 3 je. So nak xnk kena masuk gak. Lepas dh masuk tu, aku pegi solat subuh jap n tido sekejap kt surau sbb letih sangat.

Pastu masuk wad balik utk tunggu doktor datang check. Doktor kata kene tunggu keputusan darah utk tengok. Masa tu mmg Allah je yg tahu betapa sedihnya rasa tengok anak aku yg kecik tu masuk wad. Wife aku pn x berapa sihat masa tu. Tapi alhamdulillah kemudahan kat Hospital Selayang tu ok juga. Doktor pun ok je. Teringat kt anak sulung aku, risau takut kalo dia terjaga tengok aku n wife aku xde. Sekali mmg btol pn, dia bangun tgk kitorang xde, terus nangis. Alhamdulillah ada ramai kt umah akak ipar aku, so pujuk2 dia pn ok pastu main boling lagi dalam umah. Huhu..

Tengahari tu family wife aku dtg hospital bawak anak aku sekali. Masa tu kitorang susah hati sbb xtau bape lama nk kena tahan wad. Rasa x sedap badan letih sme ada. Maklumlah dok kat hospital. Badan sihat pun rasa x bape nk sihat. Huhu..Lepas melawat kitorang, family wife aku bawak anak aku pergi rumah saudara kt kawasan sekitar since masih dalam minggu raya. Anak sulung aku xleh tinggal kt hospital sbb kecik lg. Pihak hospital xbagi. Then, waktu melawat sebelah petang pun semua datang lagi. Bila tau kene duduk lg kt hospital tu aku dh susah hati, camnela anak sulung aku nanti ni nak tido malam kang. Nak balik je petang tu, anak sulung aku peluk aku xnak lepas. Sayu sangat rasa. Padahal xde apa pn, tinggal ngn family gak. Cuma mungkin sbb aku selalu ngn anak aku tu dan dia xnak ikut tu yg buat aku rasa sayu. Alhamdulillah dia ok lepas tu sbb ramai yg melayan karenah anak aku tu. Huhu..mekasih semua :)

Ok, lepas doktor cakap kena stay lagi, aku n wife aku decide nk keluar gak esoknye sbb Isnin dah start kerja, sapa nak jaga anak sulung aku nanti kalo kitorang xde, lagipun agak jauh rumah kitorang ngn Hospital Selayang. Alhamdulillah malam tu anak aku dh beransur kurang. Hari Ahad tu pun kitorang keluar tp kena sign surat risiko tanggung sendiri. Alhamdulillah dari keluar wad sampai ni ok. Semoga terus sihat hendaknya. Lepas tu anak sulung aku pulak yg kurang sihat, tp x masuk wad, just amik Neb je. Skrg alhamdulillah semua dah sihat.

Pengalaman dok hospital tu ok juga. Hospital Selayang dari segi kemudahan not bad, cuma dari segi layanan nurse agak kasar sikit kot even xsemua. Dari segi nak bagi anak makan ubat, nak suruh kita buka tutup gas. Kejut kita dari tido waktu tgh malam. Aku rasa boleh diperbaiki lagi. Ada yang bagus layanan dia, macam masa kt Hospital Tanjung Malim dulu. Yang tu aku puji, cuma kalo kt hospital kerajaan tu x ramai la yang berbudi bahasa.

Eh, dah 8 pagi, waktu bekerja dah mula. Hehe...nanti aku sambung lg :) Daa...

Thursday, August 23, 2012

Raya di kampung ke raya di bandar?

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin semua :)

Semenjak 2 menjak ni mmg sibuk. Raya la katakan. Hehe..alhamdulillah, semua dah selesai. Dh hampir seminggu pun kita beraya. Macam2 jugak terjadi raya ni.

Ok, untuk tahun ni, raya giliran sebelah side diriku (hehe...). Kedua ibu bapaku tinggal di Selangor je. Sekitar Hulu Selangor. Jadi xdela jauh sangat pn balik beraya untuk hari raya pertama. Hari Sabtu lepas kami bertolak pulang. Alhamdulillah, jalan pun x sesak dan sampai dalam pukul 10 ke 11 pagi gitu. Jangka masa tu raya hari Ahad, jadi adalah masa sikit nk buat persiapan sebelum raya. Kakak aku hari Jumaat dah sampai. Semangat nak raya betul kakak aku.

On the way nak balik kampung tu, aku singgah kat Bangi jap, sbb nk jumpe Doktor Homeopathy. Anak aku batuk plak, ubat dia pun dah habis. So telahkan nak balik kampung ni, baik standby amik ubat siap2. Oh ye, anak aku serasi ngn ubat homeopathy tu, so mmg aku selalunya akan standby ubat tu untuk anak anak aku. (Kalau ada kesempatan nanti aku ceritakan kenapa dan macam mana aku boleh guna perubatan homeopathy tu.)

Jadi, lepas dah smpai kt umah parents aku, diorg ajak aku g Tesco n Jusco berdekatan. Katanya nak beli baju sikit untuk anak-anak aku. Kami pn bertolak pergi dan beli sikit pakaian untuk anak-anakku. Anak lelaki aku teringin kasut plak (baru umur 3 tahun). Mak aku pun belikan kasut n baju untuk dia n adik dia. Beli pun sikit2 je, sbb lain semua aku dh prepare siap2. Then kitorg pun balik ready nak buka puasa. Aku sempat rembat g pasar malam kt umah parents aku jap, nk cari tudung raya utk wife aku. Wife aku x kesah tudung dia ke, baju dia ke beli kat mana, janji selesa dan berpatutan.  Alhamdulillah dapat tudung raya uk wife aku.

Dh habis mini shopping, kitorang balik standby nak berbuka buat kali terakhir dalam bulan Ramadhan. Sedih plak rasa Ramadhan dah habis. Lepas dh berbuka tu pun xde apa sangat. Maklumla, adik beradik aku 2 orang je, parents aku plak dok kat taman perumahan, jadi xdela nak bakar lemang ke, anyam ketupat ke apa time malam raya.

Esoknya pagi raya seperti kebiasaan, kitorang breakfast sebelum g ke masjid utk solat sunat Aidilfitri. Balik tu, kitorang pn bersalam salaman sebelum pergi rumah saudara mara, Rutin hari raya kedua pun macam tu. Jadual asal, raya ke 3 nk balik kampung wife aku kat Perak, tapi masa raya ke 3 tu, anak2 aku mcm kurang sihat. Yang paling merisaukan aku bila anak sulung aku mcm dah penat/semput balik (anak sulung aku ada history semput tapi alhamdulillah sejak Januari x pernah kena dah). Pagi2 tu kitorang pergi balik ke Bangi untuk amik ubat semput anak aku kt homeopathy, sebelum tu kitorang g Hospital Selayang dulu check anak aku incase ada weezing sound dalam paru2 dia. Alhamdulillah clear. Then, lepas balik dari Bangi pun kitorang singgah sekejap kt klinik untuk check dia. Alhamdulillah lungs dia clear cuma kene amik Neb (yang sedut gas tu).

Memandangkan anak2 aku kurang sihat haritu, kitorang pun x jadi bertolak balik ke Perak raya ke 3 tu, raya ke 4 baru bertolak sbb anak2 aku dah sihat sikit. Masa on the way tu pun kitorang singgah kt Hospital Slim River sedut gas lagi sekali utk anak aku. Alhamdulillah ok dah smpai harini. Smpai kampung pun dalam pukul 12 lebih tengahari gitu haritu. Memang sangat lega. Even smpai skrg pn kitorg still pantau lagi tgk sbb masih risau. Aku dan isteriku ingin ucap terima kasih kepada staf yg bertugas haritu di Hospital Slim River. Kali pertama aku pergi kt hospital tu mmg best. Selain dari layanan yg superb mcm hospital swasta, keadaan dia pun selesa je. Mmg dicadangkan kalau ada yg nk pergi ke hospital tu. Dah la percuma plak tu. Huhu..Yang seronoknya, anak2 aku siap dapat duit raya plak tu masa g hospital tu. Rezeki anak2 :)

Sekarang ni aku masih kat kampung, dh nak masuk hari ke 6 dah raya since skrg pn dh pukul 2 pagi. Seronok raya di kampung sbb adik beradik wife aku ramai, anak2 sedara pun ramai n lebih kurang sebaya je ngn anak2 aku. So adala org utk dia nk berkawan. Kalau x, kesian juga dia boring je. So mana lagi seronok? Beraya kat kampung ke kat bandar? Pada aku sama je, yg penting ahli keluarga dapat berkumpul bersama :) Cuma kalau kat kampung tu boleh la rasa suasana raya lebih sikit dan sudah pasti sesuai dengan lagu Balik Kampungg...hehehe.

Okla, dh lebih 2 pagi ni. Letih menaip (malas pn dh datang, tmbh2 tgk bantal ni haa...). Jadi, sekian saja warkah utk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang. Daaa...

Selamat Hari Raya :)

Monday, August 13, 2012

Kenanga Wholesale City

Assalamualaikum. Lama gak x menulis. Maklumla, ramadhan dah nak penghujung, raya pn dh semakin hampir. Kene selesaikan beberapa perkara dulu. Hehe..jadi agak tertinggal blog ni. Tapi xpe, kini disajikan untuk anda (terutama yg suka shopping) tempat yg kini menjadi sebutan iaitu Kenanga Wholesale City.

Gambar dari Blog Yunus Badawi

Hari Ahad lepas, kami sekeluarga termasuk adik ipar aku pergi ke KL. Pada asalnya tujuan ke sana nak tanyakan mengenai kereta baru. Adik iparku nk beli, aku tolong bawak je. Huhu..So lepas dh sok sek sok sek bersembang pasal kereta kt showroom ngan kawan aku yg juga Sales Executive kt sana, dalam tengahari gitu dh xtau nk buat apa. Nak balik rumah mcm awal sangat. Baru pukul 12 lebih masa tu, so kitorang pn decide nk ke Kenanga Wholesale City (KWC). Mulanya cadang nk g esok (Rabu 15 Ogos) tp since dh kt sana, saje la jengok2 dulu tempat yg salu digembar gemburkan tu. Hehe..

Aku letak kete kt dalam kompleks since mudah memandangkan aku ada anak kecil dan ianya PERCUMA! Hehe..cuma naik sampai tingkat 13 la nk parking. Huahuahua..tmpat letak kereta dia selesa, lif pn selesa (cuma lmbat sket since ad 16 tingkat n ramai nk naik turun). So, kami pun memulakan dari tingkat 6 utk window shopping sebelum turun ke tingkat2 lain. Bila tengok je kt situ teringat masa pergi China dulu, mcm tula lebih kurang keadaan dia. Banyak kdai2 pastu kalo beli banyak dpt diskaun. Kat tingkat 6 tu mostly baju kanak2 banyak. Ada jugak baju untuk wanita tp x banyak. Yg menariknya, kalo beli 3 helai pn dh dpt mcm rege borong. Contoh sehelai baju RM 30, kalo beli 3 helai patut RM 90. tp cuma RM 45 je. Murah kn? Mostly mcm tu la cara berniaga kt sana. Since nama dia pun wholesale. Sempat la beli baju anak aku 3 helai sbb dpt 50%. Pastu kitorang pun berhenti kejap nk solat. Surau kt tingkat 16. Mula tu agak risau la kot surau dia x selesa ke, tapi alhamdulillah surau dia selesa. Tempat menunggu pn selesa.

Lepas dh solat, terus turun kt LG nk ke ATM dan sempat la beli baju kemeja aku sehelai. Adik ipar aku pn beli baju kt bawah tu. Hehe..Kt bawah banyak kedai jual baju lelaki. Jangan risau, kt KWC ad tulis siap dh kedai apa yg jual apa. So mudah la kita nk jalan, xdela nk kena ronda setiap tingkt. Bole pergi ke tingkat yg perlu je. Lepas tu sebelum bertolak balik, masa naik ke atas tu ad tgk kedai jual baju muslimah. Tak salah aku tingkat 3A kot. Wife aku sempat beli jubah. Kalo sehelai RM 40, beli 2 dapat RM 70. Dapatla utk wife aku juga. Lepas tu, kitorang pun bertolak pulang since dh malam pn waktu tu. Kedai kt sana dalam pkul 7 mostly tutup dh. Jadi pada sesiapa yg nk ke sana tu better g awal sbb diorg pn tutup awal. Hehe..

InsyaAllah esok nak tengok baju melayu aku n baju raya wife aku. Hopefully x sesak di sekitar KL nnti. Kot ramai yg balik dh. Hehe..Sekian  dulu utk waktu ni :)

Sunday, August 5, 2012

Semakin di Penghujung

Gambar hiasan dari http://blog-pke.com/lafaz-niat-berpuasa-di-bulan-ramadhan.
Terima kasih :)

Assalamualaikum semua..

Kini tinggal beberapa hari saja lagi sblum berakhirnya Ramadhan. Sedih pulak rasa. Macam sekejap je Ramadhan kali ni. Alhamdulillah sebab masih dapat merasai Ramadhan pada kali ni.

Ramadhan ni banyak fadhilat dan rahmatnya. Semoga kita semua beroleh kebaikannya. Seronok aku  tgk anak-anak kecil yg berpuasa. Anak buah aku sorang ni berusia 6 tahun belajar berpuasa. Teringat masa kecik2 belajar puasa. Yg menariknya anak buah aku ni, kalo sebelum berbuka macam2 dia teringin. Air tebu  la, nasi, muffin dan mcm2 lagi (jgn kata budak kecik, mak ngn bapak budak pn kalo sebelum berbuka tu mcm2 nk makan. Heehe...). Seronok tgk mereka belajar berpuasa.

Bagi anak aku yg br nk masuk 3 tahun ni, mmg x puasa la kan, tapi dia dah paham bila aku ngn wife aku ckp kami berpuasa. Yg lawaknya, kadang2 dia minum pastu nk bg kt aku pastu dia ckp "Eh pose la..." Kadang dia sndiri ckp dia x pose.  Haha...xpela, bg dia kenal dlu basic apa itu puasa. InsyaAllah di tahun2 mendatang dia boleh belajar berpuasa.

Sebagai ibu bapa, mmg jadi tanggungjawab kita utk mengajar anak-anak berpuasa, solat dan pelbagai lagi fardhu ain dan fardhu kifayah untuk bekalan mereka nanti. Bagi aku sendiri, aku takde la harta berjuta juta nak wariskan pada anak-anak aku, tapi aku berharap mereka mampu menjadi anak2 yg soleh dan solehah. Padaku, itula yg terbaik yg aku pinta dari mereka. Dan untuk itu, mmg menjadi tanggungjawab kita sbg ibu bapa utk mendidik mereka. Semoga aku dan isteriku berjaya menjadikan anak2 kami anak2 yg soleh dan solehah.

Okla, dh hampir 12 tghari ni. Baju sedang menanti utk dibasuh ni. Haha..time to work. Ahaks :P

p/s : Aku check dh ad 4 org follow blog ni. Terima kasih semua yg sudi untuk meng'follow' blog yg x seberapa ni. Hehe..



Sunday, July 29, 2012

Bazar Ramadhan

Assalamualaikum..

Hari ni sudah pun hari ke 10 kita berpuasa. Bagaimana dengan Ramadhan kita pada kali ini? Semoga semuanya memperoleh berkat di bulan mulia ini.

Utk entri kali ni, nk cerita sikit mengenai Bazar Ramadhan. Dalam bulan mulia ini, banyak gerai2 yg menjual makanan untuk berbuka puasa yakni Bazar Ramadhan. Pelbagai juadah makanan yg ada, masa puasa ni mmg nmpak sedap je makanan semua. Tapi x perlu kita berbelanja atau membeli juadah dengan boros. Cukuplah sekadar makanan yang mencukupi utk berbuka nanti. Kalau ikut nafsu mmg mcm2 nak beli. Hehe..

Utk tahun ni, aku baru berkesempatan ke Bazar Ramadhan sekali je. Tu pun kebetulan sebab tunggu wife habis kerja di Bangi. Aku sempat ke Bazar Ramadhan di Kompleks PKNS Bangi. Best jugak kat sana. Aku  sempat membeli Nasi Ayam Berempah utk isteriku dan adik iparku. Sementara aku pula beli Chicken Chop (fuh, mcm omputih plak, haha...). Sedap jugak la makanan dia, pastu aku sempat beli air campuran 5 buah (lupa nak snap gmbr). Rasa dia perghh..mmg sedap. Jadi kepada sesiapa yg dok di kawasan sekitar, boleh la pergi ke Bazar Ramadhan di sana. Makanan sedap, air sedap, cuma kawasan dia agak ramai org. Ada jugak nmpak ayam golek yg kelihatan menarik, tapi disebabkan yg menunggu tu teramat ramai, jadi 'cancel' la nk beli ayam golek yg kelihatan sedap tu.

Okla, itu sahaja untuk kali ni. Hampir pukul 8 pagi dh ni. Nk siapkan tugas2 yg patut. Hehe...sekian, semoga berjumpa lagi di entri akan datang :)

Saturday, July 28, 2012

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum..

Sudah agak lama aku x menulis kt blog ni. Sibuk dengan Ramadhan dan anak-anak semua. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menempuh Ramadhan sekali lagi. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kami.

Ramadhan adalah sesuatu yang sangat bermakna untuk semua umat Islam. Semoga berkat di bulan Ramadhan dapat kita sama2 kecapi. Sesuatu yang sangat menarik dalam Ramadhan kali ni, aku dan isteri dapat menambah pendapatan dengan mengajar di pusat tuisyen. Mulanya isteriku yang mmg minat mengajar memohon untuk mengajar di sana, dan alhamdulillah isteriku berjaya. Aku hanya mengajar secara part time je di sana. Tapi alhamdulillah ad rezeki tmbhan dari Allah untuk kami sekeluarga. Rezeki di bulan mulia ini. Bulan Ramadhan mmg selalu dikaitkan dengan bulan rezeki. Ramai yang berniaga di bulan ini termasuklah aku. Tapi aku buat secara online je :)

Oh ye, dh seminggu kita berpuasa, juadah makanan terutama waktu berbuka mmg menarik. Tak dilupakan, aku upload di sini Ayam Percik Golek yang dibuat oleh isteri tercinta untuk kami sekeluarga. Memang sedap. X sabar nak makan lagi masa sahur. Kepada anda semua yg baca blog ni, anda berbuka apa tadi? Bagaimana dengan Ramadhan kali ni?

Marilah kita bersama2 menambah amalan di bulan yang mulia ini. Semoga kita dapat mencapai berkatnya InsyaAllah. Sekian, wassalam...

Nampak sedap kan? Nyum nyum...

Monday, July 16, 2012

Bowling, Strike!!


Assalamualaikum..
Agak lama jugak x menulis dalam blog ni. Ni ada kesempatan terluang, boleh la menulis sedikit di pagi hari sementara menunggu mesin basuh utk habis bekerja.

Weekend lepas aku dan keluarga berkumpul bersama adik beradik sebelah isteriku di Bukit Beruntung yakni rumah kakak iparku. Adik ipar aku ni ajak kitorang main bowling kat Kelab Golf Bukit Beruntung. Masa hari Ahad lepas, kitorang pun main beramai ramai. Memang best la main sbb aku jadi juara walaupun markah aku alahai, x berapa nak cemerlang sangat pun. Ekeke..sape menang x penting sbb yang penting seronok sewaktu berkumpul bersama :)


Gambar hiasan dari http://sktbr1dihatiku.blogspot.com

Sejak kahwin rasanya aku x penah main bowling ngn isteriku, kira 6 tahun gak la kitorang x main. Memang masa balingan pertama aku tu, longkang yang dituju..alhamdulillah masa tu x ramai yg ada, jadi x segan sangatla masuk longkang pun. Hua hua hua...Seronok jugak main bowling ni. Rasa relax, tempat pun ok, x ramai orang walaupun weekend masa tu. Jadi kepada anda yang nak main bowling tapi xnak yg sesak2 leh cuba main kt Kelab Golf Bukit Beruntung.

Masa weekend bayaran dia RM 5/game. Sewa kasut RM 2 (jangan lupa bawak stoking siap2). Kira agak reasonable la kot? Huhu..yang menariknya kat sana, selain ada ‘bowling alley’, ada juga gelanggang badminton dan kolam renang. Sewa gelanggang badminton RM 20 sejam. Kolam renang aku x pasti berapa. Tapi nampak menarik jugak la. Mungkin leh cuba di lain waktu (lepas raya la tu). Hehe..

Wah, dah macam promosi plak kat sana. Okla, mesin basuh pun dah siap bekerja ni. Walaupun cuaca ala2 hujan gerimis, tapi baju masih perlu dikeringkan. Hehe..jadi, berjumpa lagi di entri akan dating. Sekian, majulah sukan untuk negara.


Tuesday, July 10, 2012

Lajunye...



Assalamualaikum..selamat pagi. Macam la pagi sangat. Dah dekat pukul 10 dah ni. Baru je setel keje2 umah. Cewah, konon rajin la, padahal basuh baju je. Sementara anak anakku sedang tido ni, bole la nak 'update' blog sikit walaupun x ramai yang baca blog aku ni. Wakaka...

Semalam kontraktor TM datang umah utk pasang Unifi. Sebelum ni aku pakai Streamyx. Baru dalam beberapa bulan gak la. Sebelum tu aku pakai Celcom Broadband, for more than 2 years. Setia betul dulu ngn Celcom Broadband. Masa langgan Celcom Broadband tu, kitorang dok kat Putrajaya. Cuma masalah broadband ni, kadang dapat signal, kadang x dapat. Tapi yg bagusnye, di mana2 ada internet. Hehe..x de la susah payah nak carik wifi ke kalo g jalan2 sbb ada broadband ni.

Lepas tu, bila kitorang dah berpindah ke Negeri Sembilan (cewah, bunyik mcm jauh je, padahal xdela jauh mana pun dari Putrajaya tu), kitorang pun langgan Streamyx. Sebabnya, dah dok umah sendiri, pastu laju sikit streamyx ni. Since aku pun mmg dok umah je, xdela perlu sangat pun Celcom Broadband tu. Then bole banyak user yg guna, sbb ada wireless, pastu tepon ke talian tetap percuma. Jimat sikit nk tepon mak abah, tepon opis orang, McDelivery ke. Ekeke..

Masa nk langgan Streamyx ni dulu, dh tanya pasal Unifi, diorg kata kt kawasan rumah aku ni belum masuk lagi. So aku pun amikla Streamyx dulu. Then, kelmarin orang TM tepon ckp nk pasang Unifi kat umah aku pada 10 Julai. Aku pun seronok la. Hehe...beza bayaran pun dalam RM 39 je sebulan. So xdela terasa sangat. Lepas dah pasang Unifi semalam, fuh, mmg LAJUUUU....donlod movie mmg sekejap je. Tu pun aku  amik pakej yg paling murah. Kalo yg laju tu xtau la camne. Haha...

Senang sikit donlod, pastu leh tgk Youtube kt TV, sbb ada nya HyppTV. Xperlu pakai piring seperti Astro pun, pakai fibre optic je. Fuh, mcm canggih je rasa. Haha..So far aku berpuas hati la sbb beza bayaran x banyak, tp banyak kelebihan pakai Unifi ni. Memandangkan keje aku pn mmg internet based, jadi rasa sangat bersemangat utk terus berusaha. Ekeke..

Anakku yang kecil dah bangun, nk mandikan dia dulu. Sekian sahaja utk kali ini, majulah papa untuk surarumah. Huhu..

Sunday, July 8, 2012

Minyak jagung


Assalamualaikum semua. Weekend aritu sibuk sket xsmpat nk menaip. Hehe...sibuk kemas2 umah. Selesa betul rasa dh kemas umah ni. Almaklumla, ada anak2 kecik ni mmg sekejap je la kemasnye. Huhu..

Ok, anda ingt lagi x aritu aku ada tulis pasal Berat Badan Tak Naik. Hari Jumaat lepas 6hb Julai aritu, kitorang pn pergi jumpe doktor utk follow up. Alhamdulillah dah naik 300 gram dah lepas 2 minggu. Hehe..lega rasa, kalo x, x bape nak naik pn. Jadi mmg syukur dan lega sangat. Jadi, masa sembang2 ngan doktor pasal masalah ni, dia pun ada bagi tips. Saje nak kongsikan kat sini..

Kalo bayi yang lahir x cukup bulan ke, or berat badan terlalu sedikit, try bagi butter ke, minyak mcm minyak jagung ke, minyak zaitun ke, sbb yg disebutkan tadi tu mengandungi lemak. Jadi bila bagi pada bayi anda ni, dapatlah berat badan naik sikit. Tapi jangan bagi dalam kuantiti yang banyak, dalam 1 sudu gitu dalam makanan dia cukuplah. Kang penuh lemak pulak. Sebab dalam nutrition fact pun, kita perlu ada sedikit lemak dalam badan. Kalo banyak2 nnti jadi obesiti plak. Huhu..

Minyak jagung ni bagus banding ngn minyak masak biasa. Minyak zaitun pun kalo anda perasan dalam rancangan masakan diorg selalu guna. Bukan sekadar menyedapkan makanan tapi minyak ni baik berbanding dengan minyak masak biasa :)

Jadi kepada anda yang ada anak yang mempunyai masalah seperti di atas, bole cuba tips di atas. Kalau boleh, dalam menu makanan bayi pun cuba variasi kan bubur tu. Takdelah hari2 makan benda sama, nanti jemu. Macam kita pun kalo hari2 makan lauk sama mesti boring. Hehe..

Oh ye, tips di atas tu utk bayi yg lebih 6 bulan yg dh boleh makan makanan selain dari susu ibu, kerana susu ibu adalah makanan paling baik utk bayi :)

Sekian, tips utk si kecil dari Papa Surarumah...hehe..

Thursday, July 5, 2012

Hadiah untuk Isteri



Assalamualaikum...hari ini adalah hari Jumaat, 6 Julai 2012. Harini merupakan hari yang agak istimewa untukku kerana hari ini merupakan hari lahir isteriku. Epi Besday sayang. Semoga Allah melanjutkan usia dan dimurahkan rezeki, diberi kasih sayang dan kebahagiaan InsyaAllah.

Kejap je rasa dah besday isteriku. Nape rasa sekejap? Sbb aku masih x sempat lg nk berbuat sesuatu yang hebat untuk isteriku. Apa hadiah untuk isteriku? Apa lagi, mestilah rumah banglo, kereta mewah, duit juta juta..............semua tu aku x mampu beri. huhu :P Hanya kasih sayang sahaja yang mampu aku berikan :) I Love You sayang :)

Ok, tadi aku ckp hari yang agak istimewa kan harini? Harini agak istimewa kerana selain dari harini merupakan hari lahir isteriku, hari ni jugak hari aku grad. Kat scroll aku tulis 6 July 20**. Haha..hari ni juga genapnya penubuhan 2 tahun syarikat kami sekeluarga iaitu Afiniz Motorsport aka Mekapkereta. Kiranya ada 3 special moment la buatku pada tarikh harini.

Apa special  yg aku nk buat harini? Mula ingat nak masak something special. Tapi wife aku awal2 dah pesan xyah masak, nnti sepah2 aku buat. Wakaka...lagipun aku bukan pandai masak pn. Ekeke...apa ek nak bagi kat wife aku ni? Kalo nk bagi intan permata tu buat masa ni x dapat lagi la. Huahuahua...xpela, nnti aku fikirkan. Anak-anak aku pun tengah tido sekarang ni. Aku pn macam nak tido sbb malam tadi tido lwat. Nak siap sekejap la sbb jap lagi dh nk g solat Jumaat. Jom sahabat-sahabatku kita ke masjid :)

Sekian untuk harini...(tengah xde idea nak menulis...huhu)

Tuesday, July 3, 2012

Pengalaman di One Utama


Assalamualaikum semua.



Its been a while jugak x menulis kat blog ni. Sibuk sikit akhir2 ni...(konon la). Aritu sebenarnya dah taip tapi sbb masalah teknikal, apa yg dh taip tu terpadam. Pergh, terus hilang idea nak taip semula. Huhu..
Okla, sepanjang weekend lepas dan weekdays ni sibuk selesaikan apa yang patut. Hehe..Sabtu dan Ahad lepas bersantai bersama keluarga. Hari Sabtu haritu pergi ke One Utama yang kt Sri Pentas tu. Pegi sana sbb nak amik ‘handphone’ adik yang hantar repair kat sana week before. Tapi masa tu pergi 2 org je ngn adik. Cuma weekend ni pergi ngn wife and kids skali. Best jugak dapat bawak diorg jalan2. Dapat window shopping pun jadi la. Huhu..

Sebenarnya leh kata every weekend kitorang g ke OU sejak 3 weekend lepas. 1st time pergi tu sebab bawak ‘handphone’ adik untuk hantar repair. Saje berkongsi ngan anda semua, kalo kat sekitar Lembah Kelang ni, ada 2 Nokia Care (tempat utk claim warranty ke, repair tepon) yakni di Times Square (ni bukak time office hour je) dan di One Utama. Mulanya kitorang pergi yg kat Times Square tu, tapi tutup plak sbb masa tu hari Ahad. Barula kitorang tau hanya Nokia Care yg kt OU je yang buka setiap hari dari 10 pagi smpai 9 malam. Lepas tu kitorang pun terus pergi ke OU. Sampai sana pn dah dekat pukul 7 gak. Sekali bila sampai sana dan lepas disemak, rupanya warranty card tepon tu xde, nombor siri tepon tu pun bila check di sistem Nokia dah expired warranty dia. Agak menggelabut sekejap la. Alhamdulillah ada resit pembelian. Kitorang pun btau Nokia, masa beli tepon dulu, ini je yang kedai tu bagi. Siap bawak kotak lagi sme. Pastu Nokia cakap kene pergi balik kedai tu, mintak balik nombor sebenar kat diorang.
Fuh..mmg panas jugak masa tu sbb risau takut xleh claim warranty dah. (Masa ni pergi ngn family skali), Lepas tu kitorang pun tau dah mmg x sempat nk pergi semula kedai yang beli tepon tu sbb kedai tu kat Mines. Kami pun solat la di AEON aka Jusco kat situ. Sekali jumpe Ally Iskandar dan isterinya yang terkenal di http://farahinlee.blogspot.com

Aku n wife aku rajin juga selak2 blog wife Ally ni. Sekali jumpe depan mata daaa, mmg tegezut seketika la, tapi nak tegur segan. Huahua...masa tu wife aku baru keluar dari surau dan dia nak masuk surau. Siap nak pakaikan kasut anak aku lagi. Hehe..terharu lak kami orang popular tapi ‘simple’ je.
Ok, kembali semula...so kitorang pun balikla semula tanpa dapat hantar tepon utk dibaiki. Cuma yang bagusnya kami tau yg Nokia Care di mana, waktu beroperasi dan details utk claim warranty. So weekend selepasnya, aku dan adikku pergi terus ke Mines utk mintak no siri seperti yang diminta oleh pihak Nokia. Orang kt kedai tu mcm nak xnak layan je, dia kata ikut je nombor yg ada kt handphone tu. Kitorang pn btau la, no tu x valid dh, kat kotak pun xde sticker serial dia. Warranty card pun xde. Dia kata kenapa x check dulu (ni mmg salah kami la, tapi mana kami tau dia dah koyak siap2 warranty card n kene ada sticker kt kotak yg sama mcm kt tepon). Kitorang pun tunjuk resit sebagai bukti pembelian kt kedai dia. Dia ckp, ni budak dulu yg jual dia xtau. Perghh...masa tu mmg menyirap la. Bila nak jual bukan main manis lagi, bila ada prob main lepas tangan. Aku kata, semua ni Nokia yang mintak sbb nak claim warranty. Dia buat dek je apa aku ckp. Pastu aku kata “Sekarang I call Nokia, you cakap sama diorang”. Tak nak pulak dia, suruh aku cakap sendiri.

Aku pun terus call Nokia kat OU tu dan terangkan pada mereka. Person yang aku cakap tu x salah nama dia Iman kot. Dia kata, nnti dia tanya bos dia jap. Dia akan cal semula sekejap lagi. X sampai 5 minit dia tepon semula. Dia pun btau mintak kitorang dapatkan Cop Kedai tu, dan no siri dari kedai tu. Kitorang pun mintak cop kedai tu, dan dengan muka ketatnye, dia pun tempek la Cop Kedai tu.

Selesai je, terus kitorang shoot ke Nokia kat OU tu. Elok2 je smpai, person in charge yg aku ckp tadi tu kuar break sekejap. Adeh, dh kene explain semula. Alhamdulillah aku ingat nama orang yg aku ckp tepon tadi. So, diorg pun agree dan amik tepon tu utk dibaiki. Masa tu mmg lega sbb dapat repair percuma dan dapat claim semula warranty. Lepas tu pun kami pulang dengan tenang. Hehe..Dalam masa 4 hari bekeje, Nokia cal btau tepon dah siap. Cepat jugak diorg repair. So, last weekend kitorang semua pergi amik semula telefon yang dah dibaiki. Terima kasih Nokia Care di One Utama.

Jadi, kepada anda semua, masa nak beli handphone tu pastikan ada resit pembelian, ada warranty card or serial number yang sah. (sekarang rasanya dh ada online registration) dan pastikan semua lengkap sebelum membeli. Kalau yang pakai Nokia dan handphone bermasalah, bole pergi ke Nokia Care di OU. Servis mmg bagus dan cepat.

Eh, bateri laptop nk habis, kene cas dulu. Tata semua 

Wednesday, June 27, 2012

Khamis sudah...

Assalamualaikum semua. Sekejap je rasa dah hari Khamis. Harini takde apa sangat aktiviti, cuma dalam proses penghasilan buku. Mungkin buku fizikal / ebook atau kedua duanya sekali. Buku sekitar bagaimana untuk memborong / membeli A-Z. Tajuknya akan di 'finalize' kan kemudian. Once dh ada nanti, aku kemaskini di blog ni ye.

OK, arini just update data di facebook untuk lihat order terbaru. Alhamdulillah, syukur ada yang membeli :) Kepada anda yang nak lihat barangan terkini atau apa2 aksesori kenderaan boleh like di Mekapkereta



Sekarang ni aku sedang siapkan barang untuk diposkan ke poslaju since anak-anak pun tengah tido. Terima kasih kepada semua yang membeli. Kini dah bulan Syaaban. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan. Semoga Allah memberi keizinan kepada ku dan kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan di kali ini. Bulan yang banyak memberi rahmat dan berkat kepada seluruh umat Islam.

Bila tengok hari rasa sekejap je. Macam masih banyak lagi benda yang perlu dilakukan tapi takpe, take 1 step at a time. Bak kata pepatah, yang dikejar x dapat, yang dikendong berciciran. Ok, nak sambung packing dulu, kalo rajin nanti aku tulis lagi. Tataaa...




Tuesday, June 26, 2012

Euro 2012



Sekali lagi aku muatkan entri untuk arini. Mengisi masa lapang gitu. Hehe..

Memandangkan pusingan separuh akhir pun dah nak mula, aku sebagai peminat sukan tak ketinggalan utk 'update' info terkini. Aku mmg minat sukan dari aku kanak-kanak lagi. Antara memori terawal yang aku masih ingat sewaktu Malaysia menjulang Piala Thomas buat kali terakhir pada 1992. Masa tu aku baru darjah 3. Mmg sangat gembira waktu tu walaupun sekadar tengok depan TV. Selepas tu aku terus menyaksikan perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa.

Ok, back to Euro 2012. Dah masuk separuh akhir dah sekarang. Malam ni Sepanyol VS Portugal. Aku memilih Sepanyol untuk melangkah ke akhir atas beberapa faktor. Selain dari Juara Bertahan dan juga Juara Piala Dunia yang lepas, Sepanyol dilihat seimbang di setiap posisi. Kawalan permainan yang menarik terutama dari bahagian tengah yang dikemudi oleh Iniesta dan juga Xavi. Diperkuatkan oleh Xabi Alonso, aku rasa antara himpunan pemain tengah terbaik dunia. Itu tak termasuk Fabregas dan yang lain. Corak permainan mereka pun lebih seimbang antara satu sama lain. Bila bahagian tengah mantap, maka susah untuk pasukan lain nak menembusi benteng diorang. Walaupun mungkin ketiadaan Puyol sedikit dirasai dan kecederaan Villa sedikit merencatkan perancangan Del Bosque selaku pengurus, aku rasa ramai pemain lain boleh tampil untuk menjadi 'hero' pasukan di saat memerlukan. Iker Casillas selaku penjaga gawang juga sudah banyak pengalaman (Victor Valdes pun ada woo dalam skuad ni). Jadi, kekuatan mereka lebih seimbang dan persembahan yang agak baik dari Torres memungkinkan mereka untuk melangkah ke pentas akhir.

Pertugal x bagus ke? Bukan nak merendahkan Portugal, cuma jika dilihat mereka terlalu mengharapkan Cristiano Ronaldo untuk menjadi hero pasukan. Sama sewaktu zaman Luis Figo dahulu. Cuma sesuatu yang menarik, Portugal ada 2 pemain sayap yang pantas dan hebat iaitu Ronaldo dan Nani. Ini mungkin boleh menjadi faktor yang menyebabkan Sepanyol berputih mata dengan gerakan pantas mereka. Dari bahagian lain, rasanya Portugal agak kurang menyerlah. Pepe juga perlu berada pada persembahan yang baik untuk mengekang jentera tengah dan serangan Sepanyol. Jadi rasanya 2 pemain yang mampu untuk membuatkan Sepanyol kempunan aksi final adalah Ronaldo dan Nani. Jika mereka berada pada tahap terbaik, tidak mustahil kejutan mampu dilakukan. Apapun, diharapkan perlawanan itu nanti merupakan perlawanan yang menarik dan tidak membosankan seperti ketika Sepanyol dan Perancis tempoh hari. Sekian sahaja, majulah sukan untuk negara.

Wah, dah macam pengulas sukan plak aku ni. Kepada pembaca blog ni yang ada pendapat tentang Euro 2012 ni, boleh la nyatakan komen anda di bawah. Sekian, terima kasih :)

Selamat pagi cikgu..



Assalamualaikum semua..

Pejam celik dah hari rabu dah. Rasa macam sekejap je. Sekarang ni masih di awal pagi lagi sekitar jam 7 pagi. (Takdela awal sangat pun..huhu). Anak aku yang kejut pagi-pagi tadi. Seronok rasa bangun2 nampak muka isteri dan anak2 :)

Sekarang ni anak aku nk tgk citer Upin Ipin. Citer kegemarannya. "Selamat pagi cikgu" kata Ehsan sewaktu cikgu baru masuk kelas. Citer ni mmg best. Mmg mencetus fenomena luar biasa la kat Malaysia ni. Kadang bila tengok suasana dalam citer tu, rasa macam nak dok kampung je. Hehe..nampak seronok je, tenang dan damai. (Gambar di atas dari blog akusobriyaacob.blogspot.com..terima kasih.)

Cerita kartun sebenarnya ada kebaikan dan keburukan. Kalau cerita yang menunjukkan contoh yang baik tu rasanya bagus la untuk kanak-kanak. Macam kartun ABC ke, kartun yang mengira 1 2 3 tu ke. Sekurang-kurangnya bila anak-anak kita tengok, diorang dapat belajar sekali secara x langsung. Kalo nak ajar secara langsung mmg payah sbb kanak-kanak yang kecil ni susah nak duduk lama2 untuk buat sesuatu aktiviti. Jadi dengan adanya cerita macam kartun yang membina minda ni, bagus juga untuk mereka.

Ok, cerita bab cikgu ni, sebenarnya aku rasa cikgu adalah satu profesion yang cukup mulia. Mendidik, menahan kerenah pelajar dan sebagainya. Banyak dan besar juga tanggungjawab cikgu ni. Isteriku seorang pendidik, dah hampir 7 tahun. Aku pun pernah menjadi pendidik, mmg seronok sebenarnya. Terlalu banyak perkara menarik sepanjang menjadi pendidik. Rindu juga nak menjadi pendidik. Tapi sekarang ni aku buat kursus A-Z yang anda boleh lihat dalam post2 lepas, jadi dapatla juga untuk aku mengajar. Pelajar dulu dan pelajar sekarang banyak bezanya, tapi yang penting padaku adalah masing-masing perlu sedar dan tahu tanggungjawab mereka.

Jadi cikgu ni x makan usia tau. Kenapa? Sebab dari muda sampai ke tua orang panggil Cikgu. Hehe...jadi x rasa tua pun. Rasa muda je. Huahua..best kan? Sekarang ni pun aku tengok ramai dah yang nak jadi cikgu. Semoga profesion perguruan dan pendidik ini terus menjadi satu profesion yang mulia dan diangkat tinggi martabatnya seiring profesion yang lain.

Harini nampaknya sibuk sikit kot. Sebab perlu ke sana ke mari untuk setelkan bil2, semak barang customer di pejabat pos. Nanti dalam pukul 8 pagi jap lagi la aku gerak. Awal pergi, awal balik. Boleh relax lepas dah habis semua tu. Kalau nak kira, mmg x habis keje. Macam2 nak buat, tapi buat yang perlu dulu la. Hehe..

Itu dulu untuk entri kali ini. Semoga kita semua memperoleh berkat, keselamatan dan perlindungan dari Allah sepanjang hari. Sekian :)




Monday, June 25, 2012

Berat Badan Tak Naik



Assalamualaikum...utk entri kali ni, nk story sket pasal Berat Badan Tak Naik. Bukan berat badanku (sbb berat aku senang je nak naik..ekeke), tp berat badan baby yang tak naik.

Anak ke 2 aku, berat badan dia x naik sangat. Masa lahir dalam 3.2kg gitu. Tapi lepas 8 bulan baru 6kg. Menyusu kuat mcm biasa, makan pun ok la, tp x naik sangat berat dia. Setelah jumpa doktor dan guna Incik Google, aku pun mendapati ada beberapa sebab berat badan x naik.

1. Genetik : Kebanyakan kalau ibu dan ayah baby tu mmg kurus n genetik dia mmg kurus, so ada kebarangkalian baby tu mmg berat badan x naik sangat.

2. Teknik penyusuan : Berdasarkan kajian, teknik penyusuan yang betul adalah memastikan bayi itu menyusu sehingga kenyang di sebelah, sebelum beralih ke sebelah lagi. Pada permulaan penyusuan, jumlah air adalah lebih tinggi berbanding dengan zat yg sepatutnya, disebabkan itu kene bagi menyusu sampai baby kenyang di sebelah sebelum menyusu yang sebelah lagi.

3. Kuman : Mungkin ada kuman dalam badan baby kita. Jadi selalunya doktor akan mencadangkan untuk diambil sampel urin baby utk hantar di makmal bagi mengesan jika ada sebarang kuman dalam badan. Jika tiada, maksudnya xde masalah. Jika ada kuman, kene scan / ultrasound utk semak samada ginjal atau pundi kencing ada masalah seperti bengkak dan sebagainya. Kalau tiada apa, mungkin disebabkan kuman di persekitaran. Kuman ni x semestinya kalau rumah anda bersih maksudnya xde kuman. Udara yang kita sedut pun sekarang kadang2 ada yang udara tak sihat. Contoh jerebu, virus H1N1 dan sebagainya. Cuma kita perlu ambil langkah2 pencegahan dan penjagaan yang sewajarnya la :)

Macam mana kalau faktor2 di atas xde pada bayi anda? Mungkin ada sebab lain atau mungkin mmg baby anda bukan jenis yang naik berat badan seperti baby lain. Tapi jangan risau, selagi anak anda sihat dan aktif, InsyaAllah semuanya ok dan xde sebarang masalah. Kalau ada di antara pembaca blog ni nak kongsi kan maklumat pun dialu-alukan untuk panduan kita semua :)

Selamat menjaga baby anda. Hehe...

Sunday, June 24, 2012

Kejutan dari ibu bapa..

Assalamualaikum semua. Arini rajin lak nk tulis lagi...huhu :P

Sebentar tadi mak n abahku datang rumah. Agak terkejut seketika. Alhamdulillah rumah tengah cantik. Hehe..syukran pada isteriku :)

Dalam jam 10.40 pagi tadi mak telefon btau nk dtg, Rupanya lagi 30 minit dh smpai. Fuh, mmg kejutan btol. Ekeke..mak n abah dtg tgk cucu-cucu. Kebetulan nak ke Seremban, so singgah jap umah aku. Dapat jumpa cucu-cucunya. Pastu ada mak bagi sample kuih kot ada orang nk tempah ke. Nanti aku up kan gambar n details biskut raya ibuku. Kot ada yang berminat ke leh tempah. Resipi turun temurun. Ibuku sangat rajin buat biskut raya dari aku kecik lagi sampai sekarang. Isteriku pun dah pandai buat biskut raya (isteriku mmg minat masak memasak ni...hehe).

Aku teringat semula masa aku kecik dulu. Masa tu aku tadika lagi. Ibuku berhenti kerja sebab nak menjaga kami sebab abahku ditukarkan ke Kajang. Zaman tu xde lagi komuter or public transport yang pantas macam sekarang. Nak beli 2 kenderaan lagi la x mampu. Jadi ibuku berhenti kerja untuk menjaga kami seterusnya membuat kuih secara sambilan.

Aku ingat lagi masa tu aku teman ibuku berniaga depan kedai runcit dkt2 ngn kawasan perumahan kami menyewa dulu. Meja fomika sebiji n kerusi untuk kami duduk berniaga. Alhamdulillah seronok juga berniaga. Aku selalu teman ibuku sebab aku sekolah tadika je masa tu. So, lepas tengahari dah boleh tolong dah. Tapi tolong teman je la. Nak tolong lebih2 x pandai lagi masa tu. Huhu..

Aku x ingat sampai bila kami berniaga kat sana sbb lepas tu kami pindah ke perumahan lain. Abahku dapat kuarters, then kami berpindah. Tapi masa kat kuarters tu mak aku rajin amik tempahan jahit baju kurung, buat masak memasak ni dan jual biskut raya. Tapi biskut raya tu mmg smpai sekarang la mak aku teruskan. Yang aku rasa kagum dengan ibu bapa aku ni, walaupun time ramadhan, masih boleh lagi untuk beribadat, pegi masjid, solat tarawikh semua. Semoga leh jadi panduan untuk aku dan kita semua yang walaupun kita sibuk, tapi lapangkan masa untuk beramal :)

Ibu dan bapa mertuaku juga rajin berniaga. Hingga sekarang pun bapa mertuaku masih berniaga di pasar. Minat yang mendalam membuatkannya begitu tekun berniaga. Zaman dahulu, ibu bapa kita mungkin mencari rezeki untuk membesarkan kita. Kini, alhamdulillah mereka berniaga kerana minat dan suka terhadap apa yang mereka lakukan. Alhamdulillah, syukur dan seronok kerana kedua ibu bapaku dan juga ibu bapa mertuaku minat berniaga dan masih meneruskannya hingga kini. Alhamdulillah, aku mempunyai 2 orang ibu dan 2 orang ayah yang cukup baik terhadap ku dan isteriku. Terima kasih kepada isteriku juga kerana memberi aku peluang untuk menjadi anak kepada ibu bapanya :)

Untuk kita semua, aku 'share' sikit link sebagai panduan untuk kita semua. Tanggungjawab kepada ibu bapa. Semoga kita bersama memperoleh manfaatnya. Sekian, terima kasih.

Tanyalah Ustaz - Tanggungjawab kepada ibu bapa

Another Monday

Alhamdulillah, semalam dh selesai bagi penerangan pada seorang peserta untuk Kursus A-Z China yakni Encik Nizar Akmal. Jauh dari Penang tu :) Thank you very much ya..

Since semalam peserta ni merupakan peserta 1 to 1, so kami pilih tempat yang santai sikit untuk penerangan tersebut. Jadi lokasi yg dipilih ialah Bangi Briyani House. Dulu nama restoran ni JM Baryani House, tp mungkin dh tukar management kot, sbb nama dh tukar. Gambar kt bawah ni adalah gambar lama restoran tersebut. Thanx to http://zarinbahrin.blogspot.com for the picture :)

Memandangkan peserta ni pn dah ada syarikat, so basically selok belok perniagaan tu dia dah tau n sesi ni pn tamat lebih awal berbanding sebelum ni, sekitar jam 3 petang. Alhamdulillah semoga ilmu itu dapat sama2 dimanfaatkan.



Okla, end of yesterday..

Harini adalah hari Isnin 25 Jun 2012. Jadi seperti surirumah yang lain, (tp saya ni surarumah ye...hehe) baju pun aku dh basuh (sedang basuh sebenarnya), dah kemas kt bawah sikit2, n santai jap sbb anak-anak tido lagi. Sementara diorg tido ni, boleh la nak buat apa yang patut mcm update blog ke, tgk perniagaan online ku sekejap sebelum kembali sibuk. (konon2 sibuk gitu..huahua). Isteriku yang tercinta pula tengah siap2 nak g keje. Semalam isteriku dah buatkan kami karipap. Fuh, sedapnyeee. Terima kasih sayang, x sabar nak makan lagi jap lg :) Aku ni mmg suka karipap, tmbah2 homemade, halal, bersih dan lazat gitu. Karipap pusing lak tu. Susah tu nak buat. Ahaks..Thanx again to my lovely wife :)

Basically xde apa pun aku buat sangat sbb mostly semua wife aku dah sediakan. Aku hanya 'maintain' je. Harini xde sebarang planning, cuma rasa mcm nk masak sesuatu, tp xtau nk masak apa. Sementara tgh rajin ni..(konon2 rajin gitu..konon lagi :P). Tapi jap lg nk kene call poslaju utk pickup and hantar barang pada customer. Lambat pos kang sian customer. Hehe..arini x rasa mcm nk ke poslaju sbb semua barang dh prepare n xde nk keluar ke mana, so boleh la mintak diorg dtg pick up. Kalau ada nk keluar sblh ptg mmg kene antr sndiri la ke poslaju, sbb xtau pkul bape diorg akan datang. Mudah juga ada poslaju pick up ni. Just call je n diorg dtg pick up. Cuma tmbahan RM 5 je. Tapi x perlu susah nk ke poslaju, nk parking, nk beratur panjang. Huhu..Wah dah promote plak kat cni. Hehe..

Okla, baju pun dh siap basuh ni, time to move on. Nanti if sempat, aku tulis entri lagi ye. Oh ye, btw alhamdulillah harini dh ada 1 follower setelah beberapa hari aku ber'blogging'. Thank you so much for your interest. Menambahkan lagi semangatku untuk terus menulis artikel warkah utk anda semua. Hehe...Sekian, wassalam :)

Saturday, June 23, 2012

Kursus



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sekarang sedang prepare lagi apa2 yang patut untuk kursus yang akan diadakan sebentar lagi.

Ini merupakan kali kedua saya akan mengadakan Kursus. Kursus ni sebenarnya adalah kursus cara untuk menjadi pemborong / pembekal barangan terus dari negara China. Modul kursus ini berbeza sedikit berbanding kursus lain. Kenapa lain? Kerana Kursus yang diadakan ini memberi lebih fokus dan penekanan dari A-Z cara yang betul untuk memborong. Dari sebelum pergi ke China, sehinggalah selepas pulang dan bagaimana untuk menjual secara berkesan :)

Jika ada yang berminat boleh layari http://www.mekapkereta.com/news/94-kursus-pemborong-aksesori-kereta.html untuk info lanjut. Untuk harga boleh dirundingkan. Kepada anda yang ingin membuat secara 1 to 1 or in small groups pn boleh dibincangkan.

Ok, nanti saya update lagi di blog memandangkan masa kian suntuk untuk semak modul yang perlu sebelum saya mengadakan kursus..Daaa :)

Friday, June 22, 2012

Demam..



Semalam anak kami yang kecik tu kurang sihat. Demam sikit mungkin akibat cucuk wajib ritu. Tapi arini alhamdulillah nampak dah kurang. Tapi petang ni kene g follow up check up. Semoga anak kami selamat hendaknya dan tiada masalah.

Gambar di atas tu gambar contoh je dipetik dari faridashaari.com (thanx...). Sebenarnya bila anak-anak demam, kita sbg mama n papa confirm risau. Tambahan kalau anak kecik..sebab xtau lagi nk cakap ke, nk bg mkn ubat pn leh tahan payahnya. Tapi kene bagi juga la sbb nak anak sihat.

Di sini sekadar nak kongsi dengan pembaca semua, kalau anak-anak anda kurang sihat, atau kurang aktif, cepat2 bawak jmpe doktor. Sebab diorg ni masih kecil dan antibodi x kuat mcm kita yg dewasa. Nak ckp pn x pandai lagi. Jadi cepat2 la bawak supaya x merebak kalau kurang sihat. Kalau kita yg dh besar ni senang je, leh mkn ubat dan pastu leh rehat. Kalau yg kecik ni, nk kene bagi mkn ubat, pastu kene pantau selalu tgk mcm mana suhu badan dia, reaksi dia lepas mkn ubat, aktif ke x. Tips ni pn doktor yg btau, leh jadi panduan untuk kita semua :)

Okla, tu je utk sementara waktu ni, nak rehat2 jap. Maklumlah, hari cuti, kena la meluangkan masa bersama keluarga. Jap lagi nk bawak anak follow up semula. Hehe...Tata :D

Thursday, June 21, 2012

Memasak..



Rajin plak rasa nak tulis malam ni. Anak-anak pun dah tido. Sekarang aku tgh menaip (of course la kan) sambil menonton Back to The Future. Antara citer kegemaran aku dari dulu. Wife aku plak sedang sibuk di dapur memasak untuk aku. Hehe..bestnye :D

Aku ni tak pandai masak, setakat goreng telur tu boleh la. Huhu..selalunya mmg wife aku yang masak. Bila aku rajin je kadang aku buat breakfast, tu pun milo n roti ke, huhu..yang termampu la. Ahaks :P Sekarang ni wife aku dh sediakan kopi sedap utk aku. Aku selalu cakap kopi sedap sbb mmg sedap pn. Hehe.. Sampai anak aku pun panggil kopi = kopi sedap.

Isteri aku mmg rajin memasak. Kadang2 buat muffin, kek, ayam golek dan mcm2 lagi. Cuma kalau time sibuk, aku pun x galakkan wife aku masak. Sian tgk dia. Keje kt opis yang menimbun, keje rumah lagi, nk masak lagi. But terima kasih sayang. Eh, wife aku dah panggil ajak makan..Nanti aku sambung lagi...daa :D

Wednesday, June 20, 2012

Isteri Solehah


Alhamdulillah, sempat lg utk aku menulis dlm blog ni (baru lpas tidokan anak yg kecik). Kali ni nk story sket pasal Isteri Solehah. Sebelum tu credit kepada blog Encik Yunus di atas gambar yang menarik ini.

Isteri Solehah...satu topik yg ckup besar utk aku kupas. Ilmu agama ku tidaklah setinggi mana nk kupas ni pun, cuma di sini apa yang aku nak sampaikan adalah satu penghargaan kepada isteriku sendiri. Terima kasih dan syukur aku kepada Allah kerana telah mengurniakan aku seorang Isteri yang sangat baik kepada ku dan seorang Ibu yang sangat bertanggungjawab kepada anak-anakku.

Apabila kami berkahwin, isteriku dengan rela hati sedia berkongsi bersamaku dalam apa jua yang diperolehinya. Kejayaannya, wang ringgit, kasih sayang dan segalanya yang telah kami kongsi bersama. Tidak pernah sekalipun isteriku mengungkit akan pemberiannya atau perkongsiannya bersamaku. Tanggungjawab aku sebagai suami adalah menyediakan keperluan untuk kami sekeluarga tetapi isteriku dengan rela hatinya sedia berkongsi untuk meringankan bebanku. Banyak yang telah kami tempuh bersama sepanjang perkahwinan kami.

Semasa awal perkahwinan, kami menjadi weekend husband and wife kerana faktor jarak. Kemudian, aku mendapat pekerjaan berhampiran tempat kerja isteriku. Alhamdulillah, kami dapat tinggal bersama. Aku sangat mengagumi dan mengucapkan terima kasih kepada isteriku kerana sanggup bersabar denganku. Sanggup menerimaku seadanya. Kami telah berhijrah sebanyak 6 kali sepanjang perkahwinan kami. Sesungguhnya hijrah itu adalah sesuatu yang sangat baik. Utk mencari sesuatu yang lebih baik, pengalaman dan pelbagai perkara akan kita perolehi dan pelajari dengan berhijrah. Tak semestinya pindah rumah je, perubahan perangai (berhijrah dari buruk ke baik) atau apa jua perubahan dikatakan hijrah. Hijrah mmg perlu dalam Islam. Kita sendiri perlu menentukan bagaimana bentuk penghijrahan kita.

Ok, back to topic. Alhamdulillah isteriku seorang muslimah yang padaku adalah seorang yang solehah. Taat pada perintah Allah, layanannya kepadaku dan anak2 kami sangat aku kagumi. Isteriku bekerja tapi masih sempat untuk menyediakan keperluan kami sekeluarga sebelum pergi bekerja atau selepas pulang bekerja. Aku tidak begitu romantik, selalunya tiada apa pun yg aku beri kepada isteriku pada hari ulangtahun perkahwinan kami atau hari lahirnya. Tapi sedikit pun beliau tidak mengeluh, sebaliknya dia berkata, tidak perlu membazir dan dia bersyukur kerana mempunyaiku sebagai suami dan anak-anak kami. Itu adalah hadiah paling berharga katanya. Semoga suatu hari nanti aku dapat membawanya untuk bercuti ke percutian idamannya dan berehat setelah dirinya penat melayan kerenahku dan anak-anak kami InsyaAllah.

Kepada isteriku, terima kasih atas segalanya. Segalanya yang tak terungkap dengan kata-kata. Terima kasih kerana menjadi isteri yang terbaik untukku, mama yang sangat mulia kepada anak-anak kami. Diharapkan perkahwinan kita kekal bahagia hingga akhir hayat. Semoga isteriku terdiri di kalangan wanita solehah dan mendapat berkat dari Allah. I love you sayang :)

Tuesday, June 19, 2012

Money is not everything, but..


Money is not everything, but we need money to buy many things :)

Bunyi agak klise, tapi itulah hakikatnya. Duit bukan segala-galanya tapi hampir segala-galanya perlukan duit walaupun bukan semuanya :)

Apa yg dicari sebenarnya? Duit yang banyak? Nak jadi kaya? Rumah besar? Kereta mewah? Kerja hebat? Semua tu bermain di fikiran kita masa mula-mula kita nak bekerja. Betul...kita amat perlukan duit. Nak makan, kene bayar (pakai duit), nak ke pasaraya, kene isi minyak (pun duit), hatta duduk kt rumah pn kene guna duit (nak bayar api, air dan pelbagai bil lagi, kalo nk senaraikan mmg panjang ni..huhu). Rumusannya mmg betul, kita amat perlukan duit. Tapi, live within our budget. Sebab kalau x, mmg parah. Ramai orang muda sekarang yang diisytihar muflis sbb hutang yang melambak.

Dalam Islam sendiri pun kita digalakkan utk bersederhana. Contoh gaji RM 2,000. Tapi sewa rumah RM 700, kereta RM 700. Tinggal RM 600 je lagi utk makan, isi minyak, bayar bil api, air, tepon dan sebagainya.  Jadi bagaimana? Tu yg sakit tiap2 bulan. Mungkin kita boleh kurangkan kos dengan beli kereta yang dalam RM 400 or RM 500 utk permulaan, cari rumah sekitar RM 500. Lepas tu kita ada balance RM 1,000 lagi utk survive. Kenapa aku highlight umah n kereta? Sebab rumah n kereta tu adalah sesuatu yg tetap yg perlu kita bayar setiap bulan. Kalau bil mcm bil elektrik, air, telefon, kita boleh mengawalnya dengan berjimat cermat. Tapi rumah n kereta ni mmg xleh nk kawal dah. Jadi kene bajet dulu sebelum membeli / menyewa. Nampak remeh kan? Tapi mmg penting. Kalau salah bajet, leh jadi duit kita asik defisit je. Huhu..Cuma yang menjadi parah bila kita belanja lebih dari apa yg kita dapat.

Ini hanya pendapat peribadiku berdasarkan pengalaman ku dan pengalaman org lain. Apa yg penting bagaimana kita mengawal perbelanjaan kita. Aku hanya 'highlight' benda ni sbb aku rasa ramai sangat orang kat luar sana yg bermasalah dengan duit. Mungkin leh jadi sedikit panduan utk mereka :)

Untuk diriku sendiri, sekarang ni aku berharap agar aku dapat selesaikan segala hutang piutang (kereta, rumah, etc). Sebab hutang adalah sesuatu yg membebankan. Xde hutang aman fikiran. Sbb jika kita terlalu banyak hutang, pagi petang siang malam kerja kita adalah untuk membayar hutang. Pernah x anda terfikir perkara ini? Tambahan lagi, hutang ni semua kebanyakannya ada interest, ada riba'. Sebab tu Islam mengharamkan riba'. Kerana amat bertepatan lagi, riba' ini akan membebankan seterusnya menyusahkan umat Islam itu sendiri. Mungkin keadaan sekarang ni menyebabkan kita terpaksa berhutang, tapi kita tanamkanlah supaya satu hari nanti kita tak nak berhutang.

Aku pernah berjumpa dengan seorang guru yang tidak gemar berhutang. Dia beli rumah kereta semua secara CASH! Walaupun bukan rumah besar ke, kereta mewah ke, yg penting dia beli secara tunai. Hidup dia pun nampak tenang. X kirala dia datang naik motor cabuk ke apa, janji dia xde hutang. Cuma dia pun dah berusia la di waktu dia membeli semua tu. Tapi sekurang-kurangnya dia lepas dari beban hutang. Persepsi masyarakat kita pun kekadang mempengaruhi (kadang diri sendiri pun), terutama bila tgk org tu yg jawatan dia xla seberapa hebat tapi pakaian dia meletop, kereta dahsyat, aksesori diri toksah cakap la, mmg berjenama saje. Kita ni pun mula terdetik, 'ish, aku ni naik kete lama je, motor pun dh mcm nk runtuh, xleh jadi ni' n there it goes...kita pn ikut orang. Tup tup, hutang keliling pinggang.

Jadi pesanku kepada semua di luar sana, juga pada diriku, sama2 la kita muhasabah diri ini semoga hidup kita lebih diberkati. Bukan dengan apa yg dimiliki sebaliknya dengan apa yg kita perolehi :)


Monday, June 18, 2012

Anak-anakku :)


Semalam aku dan isteriku membawa anak kami utk mengambil suntikan berwajib seperti yg ditetapkan. Alhamdulillah semuanya seperti biasa, Cuma ada sedikit kerisauan bila anak kami beratnya naik terlalu sedikit. Doktor pun nak ambil sampel urin untuk buat semakan lanjut. Risau mmg x dinafikan la terutama mama. Tapi takpe, mungkin sbb anakku yg kcil ini kurang tido yg menyebabkan berat badannya x naik. (Ayat penyedap hati). Ketika ini, kami berdoa semoga tiada apa masalah pada anak kami.

Itu merupakan rentetan terbaru mengenai anak kami. Antara sebab utama aku membuat keputusan untuk berhenti bekerja juga kerana anak kami (waktu tu baru ada seorang). Masa tu aku dan isteriku ada masalah untuk menghantar anak kepada pengasuh. Pengasuh yg kami hantar waktu tu tidak mengikut spesifikasi kementerian. Pakai buai, xde tangga keselamatan, pengasuh yg x cukup. Nak cari org perseorangan utk jaga anak kami pn sukar waktu tu. Masa tu umur anak kami dalam 6 bulan. Jadi, setelah berbincang, aku mengambil keputusan untuk berhenti. Kenapa aku dan bukan isteriku? Ini kerana isteriku mempunyai pekerjaan yg lebih stabil dan lebih fleksibel berbanding aku. Tambahan pula, waktu tu aku dah memulakan perniagaan ‘online’ ni. Jadi lebih baik jika aku yg berhenti. Isteriku berasa bersalah kerana aku yg terpaksa berhenti kerja dan bukan dia. Tapi itulah yg terbaik InsyaAllah :) Aku juga menguatkan tekad bahawa jika kita berusaha, berdoa dan berserah, InsyaAllah rezeki tu ada.

Boleh ke aku jaga? Aku ni adik pn xde, cuma ada sorang kakak je. Itula antara persoalan yang bermain masa aku mula-mula nk berenti, tapi Alhamdulillah berkat tunjuk ajar isteriku, aku dapat menjaga anak kami. (sekarang dh jaga 2 anak lagi. Hehe..) Namun, aku mengakui, aku x sehebat isteriku. Naluri seorang ibu berbeza. Cuma alhamdulillah aku dapat juga menjaga anak kami sebaik mungkin walau tidak sehebat isteriku. Terima kasih sayang :)

Ok, itu je utk entri kali ni. Abang nak tgk tv, adik nk tdo.. Huhu..Wassalam.

Sunday, June 17, 2012

Papa Surarumah

Assalamualaikum semua.

Terima kasih sbb sudi melayari blog ni yg x seberapa. (Baru buat blog, byk x reti lagi). Huhu..Mesti anda nk tau kan, kenapa title blog ni Lelaki, Suami dan Papa seterusnya nama blog ni papasurarumah.blogspot.com

Secara x langsung sebenarnya ianya menggambarkan aku sebagai seorang lelaki, seorang suami dan seterusnya papa kepada 2 org cahaya mata.

Aku adalah seorang suami dan papa kepada 2 orang cahaya mata (alhamdulillah, rezeki dari Allah). Sebenarnya aku telah menjadi surarumah sepenuh masa selama 2 tahun dan aku telah berkahwin lebih dari 6 tahun. Terima kasih kepada isteriku yang amat memahami, menjadi isteri dan mama terbaik buatku dan anak-anak kami.

Mesti ramai yang skeptikal apabila berkata mengenai surarumah a.k.a house husband. Tapi mungkin ramai yang tidak mengetahui realitinya. Walaupun aku tidak bekerja secara nyata, tetapi aku mencari rezeki dengan menjadi usahawan secara atas talian ('online business'). Ini kerana tugas dan tanggungjawab seorang suami adalah untuk mencari rezki dan menyediakan tempat berlindung utk keluarga. Cuma mungkin cara aku yang berbeza berbanding mereka yang lain terutamanya di negara kita yang tercinta yakni Malaysia :)

Stigma masyarakat yang memandang serong terhadap 'profesion' ini sebenarnya didorong oleh kurangnya pemahaman mereka dan mungkin ramai yang akan cakap "makan duit bini je.." sedangkan mereka sendiri tidak pernah menceburi 'profesion' ini. Mungkin juga berdasarkan pengalaman buruk mereka sebelum ini atau berdasarkan pengalaman orang lain :)

Blog ni aku tulis sekadar utk berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang surarumah / househusband. Mungkin ramai di luar sana yg jadi surarumah ni tp segan dengan masyarakat (aku pn salah seorang la tu). Jadi semoga adanya blog ni, x kiralah anda surarumah ke, surirumah ke, suami, isteri atau sesiapa sahaja dapat sama2 kita berkongsi kehidupan sebagai surarumah :)