Wednesday, June 27, 2012

Khamis sudah...

Assalamualaikum semua. Sekejap je rasa dah hari Khamis. Harini takde apa sangat aktiviti, cuma dalam proses penghasilan buku. Mungkin buku fizikal / ebook atau kedua duanya sekali. Buku sekitar bagaimana untuk memborong / membeli A-Z. Tajuknya akan di 'finalize' kan kemudian. Once dh ada nanti, aku kemaskini di blog ni ye.

OK, arini just update data di facebook untuk lihat order terbaru. Alhamdulillah, syukur ada yang membeli :) Kepada anda yang nak lihat barangan terkini atau apa2 aksesori kenderaan boleh like di Mekapkereta



Sekarang ni aku sedang siapkan barang untuk diposkan ke poslaju since anak-anak pun tengah tido. Terima kasih kepada semua yang membeli. Kini dah bulan Syaaban. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan. Semoga Allah memberi keizinan kepada ku dan kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan di kali ini. Bulan yang banyak memberi rahmat dan berkat kepada seluruh umat Islam.

Bila tengok hari rasa sekejap je. Macam masih banyak lagi benda yang perlu dilakukan tapi takpe, take 1 step at a time. Bak kata pepatah, yang dikejar x dapat, yang dikendong berciciran. Ok, nak sambung packing dulu, kalo rajin nanti aku tulis lagi. Tataaa...




Tuesday, June 26, 2012

Euro 2012



Sekali lagi aku muatkan entri untuk arini. Mengisi masa lapang gitu. Hehe..

Memandangkan pusingan separuh akhir pun dah nak mula, aku sebagai peminat sukan tak ketinggalan utk 'update' info terkini. Aku mmg minat sukan dari aku kanak-kanak lagi. Antara memori terawal yang aku masih ingat sewaktu Malaysia menjulang Piala Thomas buat kali terakhir pada 1992. Masa tu aku baru darjah 3. Mmg sangat gembira waktu tu walaupun sekadar tengok depan TV. Selepas tu aku terus menyaksikan perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa.

Ok, back to Euro 2012. Dah masuk separuh akhir dah sekarang. Malam ni Sepanyol VS Portugal. Aku memilih Sepanyol untuk melangkah ke akhir atas beberapa faktor. Selain dari Juara Bertahan dan juga Juara Piala Dunia yang lepas, Sepanyol dilihat seimbang di setiap posisi. Kawalan permainan yang menarik terutama dari bahagian tengah yang dikemudi oleh Iniesta dan juga Xavi. Diperkuatkan oleh Xabi Alonso, aku rasa antara himpunan pemain tengah terbaik dunia. Itu tak termasuk Fabregas dan yang lain. Corak permainan mereka pun lebih seimbang antara satu sama lain. Bila bahagian tengah mantap, maka susah untuk pasukan lain nak menembusi benteng diorang. Walaupun mungkin ketiadaan Puyol sedikit dirasai dan kecederaan Villa sedikit merencatkan perancangan Del Bosque selaku pengurus, aku rasa ramai pemain lain boleh tampil untuk menjadi 'hero' pasukan di saat memerlukan. Iker Casillas selaku penjaga gawang juga sudah banyak pengalaman (Victor Valdes pun ada woo dalam skuad ni). Jadi, kekuatan mereka lebih seimbang dan persembahan yang agak baik dari Torres memungkinkan mereka untuk melangkah ke pentas akhir.

Pertugal x bagus ke? Bukan nak merendahkan Portugal, cuma jika dilihat mereka terlalu mengharapkan Cristiano Ronaldo untuk menjadi hero pasukan. Sama sewaktu zaman Luis Figo dahulu. Cuma sesuatu yang menarik, Portugal ada 2 pemain sayap yang pantas dan hebat iaitu Ronaldo dan Nani. Ini mungkin boleh menjadi faktor yang menyebabkan Sepanyol berputih mata dengan gerakan pantas mereka. Dari bahagian lain, rasanya Portugal agak kurang menyerlah. Pepe juga perlu berada pada persembahan yang baik untuk mengekang jentera tengah dan serangan Sepanyol. Jadi rasanya 2 pemain yang mampu untuk membuatkan Sepanyol kempunan aksi final adalah Ronaldo dan Nani. Jika mereka berada pada tahap terbaik, tidak mustahil kejutan mampu dilakukan. Apapun, diharapkan perlawanan itu nanti merupakan perlawanan yang menarik dan tidak membosankan seperti ketika Sepanyol dan Perancis tempoh hari. Sekian sahaja, majulah sukan untuk negara.

Wah, dah macam pengulas sukan plak aku ni. Kepada pembaca blog ni yang ada pendapat tentang Euro 2012 ni, boleh la nyatakan komen anda di bawah. Sekian, terima kasih :)

Selamat pagi cikgu..



Assalamualaikum semua..

Pejam celik dah hari rabu dah. Rasa macam sekejap je. Sekarang ni masih di awal pagi lagi sekitar jam 7 pagi. (Takdela awal sangat pun..huhu). Anak aku yang kejut pagi-pagi tadi. Seronok rasa bangun2 nampak muka isteri dan anak2 :)

Sekarang ni anak aku nk tgk citer Upin Ipin. Citer kegemarannya. "Selamat pagi cikgu" kata Ehsan sewaktu cikgu baru masuk kelas. Citer ni mmg best. Mmg mencetus fenomena luar biasa la kat Malaysia ni. Kadang bila tengok suasana dalam citer tu, rasa macam nak dok kampung je. Hehe..nampak seronok je, tenang dan damai. (Gambar di atas dari blog akusobriyaacob.blogspot.com..terima kasih.)

Cerita kartun sebenarnya ada kebaikan dan keburukan. Kalau cerita yang menunjukkan contoh yang baik tu rasanya bagus la untuk kanak-kanak. Macam kartun ABC ke, kartun yang mengira 1 2 3 tu ke. Sekurang-kurangnya bila anak-anak kita tengok, diorang dapat belajar sekali secara x langsung. Kalo nak ajar secara langsung mmg payah sbb kanak-kanak yang kecil ni susah nak duduk lama2 untuk buat sesuatu aktiviti. Jadi dengan adanya cerita macam kartun yang membina minda ni, bagus juga untuk mereka.

Ok, cerita bab cikgu ni, sebenarnya aku rasa cikgu adalah satu profesion yang cukup mulia. Mendidik, menahan kerenah pelajar dan sebagainya. Banyak dan besar juga tanggungjawab cikgu ni. Isteriku seorang pendidik, dah hampir 7 tahun. Aku pun pernah menjadi pendidik, mmg seronok sebenarnya. Terlalu banyak perkara menarik sepanjang menjadi pendidik. Rindu juga nak menjadi pendidik. Tapi sekarang ni aku buat kursus A-Z yang anda boleh lihat dalam post2 lepas, jadi dapatla juga untuk aku mengajar. Pelajar dulu dan pelajar sekarang banyak bezanya, tapi yang penting padaku adalah masing-masing perlu sedar dan tahu tanggungjawab mereka.

Jadi cikgu ni x makan usia tau. Kenapa? Sebab dari muda sampai ke tua orang panggil Cikgu. Hehe...jadi x rasa tua pun. Rasa muda je. Huahua..best kan? Sekarang ni pun aku tengok ramai dah yang nak jadi cikgu. Semoga profesion perguruan dan pendidik ini terus menjadi satu profesion yang mulia dan diangkat tinggi martabatnya seiring profesion yang lain.

Harini nampaknya sibuk sikit kot. Sebab perlu ke sana ke mari untuk setelkan bil2, semak barang customer di pejabat pos. Nanti dalam pukul 8 pagi jap lagi la aku gerak. Awal pergi, awal balik. Boleh relax lepas dah habis semua tu. Kalau nak kira, mmg x habis keje. Macam2 nak buat, tapi buat yang perlu dulu la. Hehe..

Itu dulu untuk entri kali ini. Semoga kita semua memperoleh berkat, keselamatan dan perlindungan dari Allah sepanjang hari. Sekian :)




Monday, June 25, 2012

Berat Badan Tak Naik



Assalamualaikum...utk entri kali ni, nk story sket pasal Berat Badan Tak Naik. Bukan berat badanku (sbb berat aku senang je nak naik..ekeke), tp berat badan baby yang tak naik.

Anak ke 2 aku, berat badan dia x naik sangat. Masa lahir dalam 3.2kg gitu. Tapi lepas 8 bulan baru 6kg. Menyusu kuat mcm biasa, makan pun ok la, tp x naik sangat berat dia. Setelah jumpa doktor dan guna Incik Google, aku pun mendapati ada beberapa sebab berat badan x naik.

1. Genetik : Kebanyakan kalau ibu dan ayah baby tu mmg kurus n genetik dia mmg kurus, so ada kebarangkalian baby tu mmg berat badan x naik sangat.

2. Teknik penyusuan : Berdasarkan kajian, teknik penyusuan yang betul adalah memastikan bayi itu menyusu sehingga kenyang di sebelah, sebelum beralih ke sebelah lagi. Pada permulaan penyusuan, jumlah air adalah lebih tinggi berbanding dengan zat yg sepatutnya, disebabkan itu kene bagi menyusu sampai baby kenyang di sebelah sebelum menyusu yang sebelah lagi.

3. Kuman : Mungkin ada kuman dalam badan baby kita. Jadi selalunya doktor akan mencadangkan untuk diambil sampel urin baby utk hantar di makmal bagi mengesan jika ada sebarang kuman dalam badan. Jika tiada, maksudnya xde masalah. Jika ada kuman, kene scan / ultrasound utk semak samada ginjal atau pundi kencing ada masalah seperti bengkak dan sebagainya. Kalau tiada apa, mungkin disebabkan kuman di persekitaran. Kuman ni x semestinya kalau rumah anda bersih maksudnya xde kuman. Udara yang kita sedut pun sekarang kadang2 ada yang udara tak sihat. Contoh jerebu, virus H1N1 dan sebagainya. Cuma kita perlu ambil langkah2 pencegahan dan penjagaan yang sewajarnya la :)

Macam mana kalau faktor2 di atas xde pada bayi anda? Mungkin ada sebab lain atau mungkin mmg baby anda bukan jenis yang naik berat badan seperti baby lain. Tapi jangan risau, selagi anak anda sihat dan aktif, InsyaAllah semuanya ok dan xde sebarang masalah. Kalau ada di antara pembaca blog ni nak kongsi kan maklumat pun dialu-alukan untuk panduan kita semua :)

Selamat menjaga baby anda. Hehe...

Sunday, June 24, 2012

Kejutan dari ibu bapa..

Assalamualaikum semua. Arini rajin lak nk tulis lagi...huhu :P

Sebentar tadi mak n abahku datang rumah. Agak terkejut seketika. Alhamdulillah rumah tengah cantik. Hehe..syukran pada isteriku :)

Dalam jam 10.40 pagi tadi mak telefon btau nk dtg, Rupanya lagi 30 minit dh smpai. Fuh, mmg kejutan btol. Ekeke..mak n abah dtg tgk cucu-cucu. Kebetulan nak ke Seremban, so singgah jap umah aku. Dapat jumpa cucu-cucunya. Pastu ada mak bagi sample kuih kot ada orang nk tempah ke. Nanti aku up kan gambar n details biskut raya ibuku. Kot ada yang berminat ke leh tempah. Resipi turun temurun. Ibuku sangat rajin buat biskut raya dari aku kecik lagi sampai sekarang. Isteriku pun dah pandai buat biskut raya (isteriku mmg minat masak memasak ni...hehe).

Aku teringat semula masa aku kecik dulu. Masa tu aku tadika lagi. Ibuku berhenti kerja sebab nak menjaga kami sebab abahku ditukarkan ke Kajang. Zaman tu xde lagi komuter or public transport yang pantas macam sekarang. Nak beli 2 kenderaan lagi la x mampu. Jadi ibuku berhenti kerja untuk menjaga kami seterusnya membuat kuih secara sambilan.

Aku ingat lagi masa tu aku teman ibuku berniaga depan kedai runcit dkt2 ngn kawasan perumahan kami menyewa dulu. Meja fomika sebiji n kerusi untuk kami duduk berniaga. Alhamdulillah seronok juga berniaga. Aku selalu teman ibuku sebab aku sekolah tadika je masa tu. So, lepas tengahari dah boleh tolong dah. Tapi tolong teman je la. Nak tolong lebih2 x pandai lagi masa tu. Huhu..

Aku x ingat sampai bila kami berniaga kat sana sbb lepas tu kami pindah ke perumahan lain. Abahku dapat kuarters, then kami berpindah. Tapi masa kat kuarters tu mak aku rajin amik tempahan jahit baju kurung, buat masak memasak ni dan jual biskut raya. Tapi biskut raya tu mmg smpai sekarang la mak aku teruskan. Yang aku rasa kagum dengan ibu bapa aku ni, walaupun time ramadhan, masih boleh lagi untuk beribadat, pegi masjid, solat tarawikh semua. Semoga leh jadi panduan untuk aku dan kita semua yang walaupun kita sibuk, tapi lapangkan masa untuk beramal :)

Ibu dan bapa mertuaku juga rajin berniaga. Hingga sekarang pun bapa mertuaku masih berniaga di pasar. Minat yang mendalam membuatkannya begitu tekun berniaga. Zaman dahulu, ibu bapa kita mungkin mencari rezeki untuk membesarkan kita. Kini, alhamdulillah mereka berniaga kerana minat dan suka terhadap apa yang mereka lakukan. Alhamdulillah, syukur dan seronok kerana kedua ibu bapaku dan juga ibu bapa mertuaku minat berniaga dan masih meneruskannya hingga kini. Alhamdulillah, aku mempunyai 2 orang ibu dan 2 orang ayah yang cukup baik terhadap ku dan isteriku. Terima kasih kepada isteriku juga kerana memberi aku peluang untuk menjadi anak kepada ibu bapanya :)

Untuk kita semua, aku 'share' sikit link sebagai panduan untuk kita semua. Tanggungjawab kepada ibu bapa. Semoga kita bersama memperoleh manfaatnya. Sekian, terima kasih.

Tanyalah Ustaz - Tanggungjawab kepada ibu bapa

Another Monday

Alhamdulillah, semalam dh selesai bagi penerangan pada seorang peserta untuk Kursus A-Z China yakni Encik Nizar Akmal. Jauh dari Penang tu :) Thank you very much ya..

Since semalam peserta ni merupakan peserta 1 to 1, so kami pilih tempat yang santai sikit untuk penerangan tersebut. Jadi lokasi yg dipilih ialah Bangi Briyani House. Dulu nama restoran ni JM Baryani House, tp mungkin dh tukar management kot, sbb nama dh tukar. Gambar kt bawah ni adalah gambar lama restoran tersebut. Thanx to http://zarinbahrin.blogspot.com for the picture :)

Memandangkan peserta ni pn dah ada syarikat, so basically selok belok perniagaan tu dia dah tau n sesi ni pn tamat lebih awal berbanding sebelum ni, sekitar jam 3 petang. Alhamdulillah semoga ilmu itu dapat sama2 dimanfaatkan.



Okla, end of yesterday..

Harini adalah hari Isnin 25 Jun 2012. Jadi seperti surirumah yang lain, (tp saya ni surarumah ye...hehe) baju pun aku dh basuh (sedang basuh sebenarnya), dah kemas kt bawah sikit2, n santai jap sbb anak-anak tido lagi. Sementara diorg tido ni, boleh la nak buat apa yang patut mcm update blog ke, tgk perniagaan online ku sekejap sebelum kembali sibuk. (konon2 sibuk gitu..huahua). Isteriku yang tercinta pula tengah siap2 nak g keje. Semalam isteriku dah buatkan kami karipap. Fuh, sedapnyeee. Terima kasih sayang, x sabar nak makan lagi jap lg :) Aku ni mmg suka karipap, tmbah2 homemade, halal, bersih dan lazat gitu. Karipap pusing lak tu. Susah tu nak buat. Ahaks..Thanx again to my lovely wife :)

Basically xde apa pun aku buat sangat sbb mostly semua wife aku dah sediakan. Aku hanya 'maintain' je. Harini xde sebarang planning, cuma rasa mcm nk masak sesuatu, tp xtau nk masak apa. Sementara tgh rajin ni..(konon2 rajin gitu..konon lagi :P). Tapi jap lg nk kene call poslaju utk pickup and hantar barang pada customer. Lambat pos kang sian customer. Hehe..arini x rasa mcm nk ke poslaju sbb semua barang dh prepare n xde nk keluar ke mana, so boleh la mintak diorg dtg pick up. Kalau ada nk keluar sblh ptg mmg kene antr sndiri la ke poslaju, sbb xtau pkul bape diorg akan datang. Mudah juga ada poslaju pick up ni. Just call je n diorg dtg pick up. Cuma tmbahan RM 5 je. Tapi x perlu susah nk ke poslaju, nk parking, nk beratur panjang. Huhu..Wah dah promote plak kat cni. Hehe..

Okla, baju pun dh siap basuh ni, time to move on. Nanti if sempat, aku tulis entri lagi ye. Oh ye, btw alhamdulillah harini dh ada 1 follower setelah beberapa hari aku ber'blogging'. Thank you so much for your interest. Menambahkan lagi semangatku untuk terus menulis artikel warkah utk anda semua. Hehe...Sekian, wassalam :)

Saturday, June 23, 2012

Kursus



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sekarang sedang prepare lagi apa2 yang patut untuk kursus yang akan diadakan sebentar lagi.

Ini merupakan kali kedua saya akan mengadakan Kursus. Kursus ni sebenarnya adalah kursus cara untuk menjadi pemborong / pembekal barangan terus dari negara China. Modul kursus ini berbeza sedikit berbanding kursus lain. Kenapa lain? Kerana Kursus yang diadakan ini memberi lebih fokus dan penekanan dari A-Z cara yang betul untuk memborong. Dari sebelum pergi ke China, sehinggalah selepas pulang dan bagaimana untuk menjual secara berkesan :)

Jika ada yang berminat boleh layari http://www.mekapkereta.com/news/94-kursus-pemborong-aksesori-kereta.html untuk info lanjut. Untuk harga boleh dirundingkan. Kepada anda yang ingin membuat secara 1 to 1 or in small groups pn boleh dibincangkan.

Ok, nanti saya update lagi di blog memandangkan masa kian suntuk untuk semak modul yang perlu sebelum saya mengadakan kursus..Daaa :)

Friday, June 22, 2012

Demam..



Semalam anak kami yang kecik tu kurang sihat. Demam sikit mungkin akibat cucuk wajib ritu. Tapi arini alhamdulillah nampak dah kurang. Tapi petang ni kene g follow up check up. Semoga anak kami selamat hendaknya dan tiada masalah.

Gambar di atas tu gambar contoh je dipetik dari faridashaari.com (thanx...). Sebenarnya bila anak-anak demam, kita sbg mama n papa confirm risau. Tambahan kalau anak kecik..sebab xtau lagi nk cakap ke, nk bg mkn ubat pn leh tahan payahnya. Tapi kene bagi juga la sbb nak anak sihat.

Di sini sekadar nak kongsi dengan pembaca semua, kalau anak-anak anda kurang sihat, atau kurang aktif, cepat2 bawak jmpe doktor. Sebab diorg ni masih kecil dan antibodi x kuat mcm kita yg dewasa. Nak ckp pn x pandai lagi. Jadi cepat2 la bawak supaya x merebak kalau kurang sihat. Kalau kita yg dh besar ni senang je, leh mkn ubat dan pastu leh rehat. Kalau yg kecik ni, nk kene bagi mkn ubat, pastu kene pantau selalu tgk mcm mana suhu badan dia, reaksi dia lepas mkn ubat, aktif ke x. Tips ni pn doktor yg btau, leh jadi panduan untuk kita semua :)

Okla, tu je utk sementara waktu ni, nak rehat2 jap. Maklumlah, hari cuti, kena la meluangkan masa bersama keluarga. Jap lagi nk bawak anak follow up semula. Hehe...Tata :D

Thursday, June 21, 2012

Memasak..



Rajin plak rasa nak tulis malam ni. Anak-anak pun dah tido. Sekarang aku tgh menaip (of course la kan) sambil menonton Back to The Future. Antara citer kegemaran aku dari dulu. Wife aku plak sedang sibuk di dapur memasak untuk aku. Hehe..bestnye :D

Aku ni tak pandai masak, setakat goreng telur tu boleh la. Huhu..selalunya mmg wife aku yang masak. Bila aku rajin je kadang aku buat breakfast, tu pun milo n roti ke, huhu..yang termampu la. Ahaks :P Sekarang ni wife aku dh sediakan kopi sedap utk aku. Aku selalu cakap kopi sedap sbb mmg sedap pn. Hehe.. Sampai anak aku pun panggil kopi = kopi sedap.

Isteri aku mmg rajin memasak. Kadang2 buat muffin, kek, ayam golek dan mcm2 lagi. Cuma kalau time sibuk, aku pun x galakkan wife aku masak. Sian tgk dia. Keje kt opis yang menimbun, keje rumah lagi, nk masak lagi. But terima kasih sayang. Eh, wife aku dah panggil ajak makan..Nanti aku sambung lagi...daa :D

Wednesday, June 20, 2012

Isteri Solehah


Alhamdulillah, sempat lg utk aku menulis dlm blog ni (baru lpas tidokan anak yg kecik). Kali ni nk story sket pasal Isteri Solehah. Sebelum tu credit kepada blog Encik Yunus di atas gambar yang menarik ini.

Isteri Solehah...satu topik yg ckup besar utk aku kupas. Ilmu agama ku tidaklah setinggi mana nk kupas ni pun, cuma di sini apa yang aku nak sampaikan adalah satu penghargaan kepada isteriku sendiri. Terima kasih dan syukur aku kepada Allah kerana telah mengurniakan aku seorang Isteri yang sangat baik kepada ku dan seorang Ibu yang sangat bertanggungjawab kepada anak-anakku.

Apabila kami berkahwin, isteriku dengan rela hati sedia berkongsi bersamaku dalam apa jua yang diperolehinya. Kejayaannya, wang ringgit, kasih sayang dan segalanya yang telah kami kongsi bersama. Tidak pernah sekalipun isteriku mengungkit akan pemberiannya atau perkongsiannya bersamaku. Tanggungjawab aku sebagai suami adalah menyediakan keperluan untuk kami sekeluarga tetapi isteriku dengan rela hatinya sedia berkongsi untuk meringankan bebanku. Banyak yang telah kami tempuh bersama sepanjang perkahwinan kami.

Semasa awal perkahwinan, kami menjadi weekend husband and wife kerana faktor jarak. Kemudian, aku mendapat pekerjaan berhampiran tempat kerja isteriku. Alhamdulillah, kami dapat tinggal bersama. Aku sangat mengagumi dan mengucapkan terima kasih kepada isteriku kerana sanggup bersabar denganku. Sanggup menerimaku seadanya. Kami telah berhijrah sebanyak 6 kali sepanjang perkahwinan kami. Sesungguhnya hijrah itu adalah sesuatu yang sangat baik. Utk mencari sesuatu yang lebih baik, pengalaman dan pelbagai perkara akan kita perolehi dan pelajari dengan berhijrah. Tak semestinya pindah rumah je, perubahan perangai (berhijrah dari buruk ke baik) atau apa jua perubahan dikatakan hijrah. Hijrah mmg perlu dalam Islam. Kita sendiri perlu menentukan bagaimana bentuk penghijrahan kita.

Ok, back to topic. Alhamdulillah isteriku seorang muslimah yang padaku adalah seorang yang solehah. Taat pada perintah Allah, layanannya kepadaku dan anak2 kami sangat aku kagumi. Isteriku bekerja tapi masih sempat untuk menyediakan keperluan kami sekeluarga sebelum pergi bekerja atau selepas pulang bekerja. Aku tidak begitu romantik, selalunya tiada apa pun yg aku beri kepada isteriku pada hari ulangtahun perkahwinan kami atau hari lahirnya. Tapi sedikit pun beliau tidak mengeluh, sebaliknya dia berkata, tidak perlu membazir dan dia bersyukur kerana mempunyaiku sebagai suami dan anak-anak kami. Itu adalah hadiah paling berharga katanya. Semoga suatu hari nanti aku dapat membawanya untuk bercuti ke percutian idamannya dan berehat setelah dirinya penat melayan kerenahku dan anak-anak kami InsyaAllah.

Kepada isteriku, terima kasih atas segalanya. Segalanya yang tak terungkap dengan kata-kata. Terima kasih kerana menjadi isteri yang terbaik untukku, mama yang sangat mulia kepada anak-anak kami. Diharapkan perkahwinan kita kekal bahagia hingga akhir hayat. Semoga isteriku terdiri di kalangan wanita solehah dan mendapat berkat dari Allah. I love you sayang :)

Tuesday, June 19, 2012

Money is not everything, but..


Money is not everything, but we need money to buy many things :)

Bunyi agak klise, tapi itulah hakikatnya. Duit bukan segala-galanya tapi hampir segala-galanya perlukan duit walaupun bukan semuanya :)

Apa yg dicari sebenarnya? Duit yang banyak? Nak jadi kaya? Rumah besar? Kereta mewah? Kerja hebat? Semua tu bermain di fikiran kita masa mula-mula kita nak bekerja. Betul...kita amat perlukan duit. Nak makan, kene bayar (pakai duit), nak ke pasaraya, kene isi minyak (pun duit), hatta duduk kt rumah pn kene guna duit (nak bayar api, air dan pelbagai bil lagi, kalo nk senaraikan mmg panjang ni..huhu). Rumusannya mmg betul, kita amat perlukan duit. Tapi, live within our budget. Sebab kalau x, mmg parah. Ramai orang muda sekarang yang diisytihar muflis sbb hutang yang melambak.

Dalam Islam sendiri pun kita digalakkan utk bersederhana. Contoh gaji RM 2,000. Tapi sewa rumah RM 700, kereta RM 700. Tinggal RM 600 je lagi utk makan, isi minyak, bayar bil api, air, tepon dan sebagainya.  Jadi bagaimana? Tu yg sakit tiap2 bulan. Mungkin kita boleh kurangkan kos dengan beli kereta yang dalam RM 400 or RM 500 utk permulaan, cari rumah sekitar RM 500. Lepas tu kita ada balance RM 1,000 lagi utk survive. Kenapa aku highlight umah n kereta? Sebab rumah n kereta tu adalah sesuatu yg tetap yg perlu kita bayar setiap bulan. Kalau bil mcm bil elektrik, air, telefon, kita boleh mengawalnya dengan berjimat cermat. Tapi rumah n kereta ni mmg xleh nk kawal dah. Jadi kene bajet dulu sebelum membeli / menyewa. Nampak remeh kan? Tapi mmg penting. Kalau salah bajet, leh jadi duit kita asik defisit je. Huhu..Cuma yang menjadi parah bila kita belanja lebih dari apa yg kita dapat.

Ini hanya pendapat peribadiku berdasarkan pengalaman ku dan pengalaman org lain. Apa yg penting bagaimana kita mengawal perbelanjaan kita. Aku hanya 'highlight' benda ni sbb aku rasa ramai sangat orang kat luar sana yg bermasalah dengan duit. Mungkin leh jadi sedikit panduan utk mereka :)

Untuk diriku sendiri, sekarang ni aku berharap agar aku dapat selesaikan segala hutang piutang (kereta, rumah, etc). Sebab hutang adalah sesuatu yg membebankan. Xde hutang aman fikiran. Sbb jika kita terlalu banyak hutang, pagi petang siang malam kerja kita adalah untuk membayar hutang. Pernah x anda terfikir perkara ini? Tambahan lagi, hutang ni semua kebanyakannya ada interest, ada riba'. Sebab tu Islam mengharamkan riba'. Kerana amat bertepatan lagi, riba' ini akan membebankan seterusnya menyusahkan umat Islam itu sendiri. Mungkin keadaan sekarang ni menyebabkan kita terpaksa berhutang, tapi kita tanamkanlah supaya satu hari nanti kita tak nak berhutang.

Aku pernah berjumpa dengan seorang guru yang tidak gemar berhutang. Dia beli rumah kereta semua secara CASH! Walaupun bukan rumah besar ke, kereta mewah ke, yg penting dia beli secara tunai. Hidup dia pun nampak tenang. X kirala dia datang naik motor cabuk ke apa, janji dia xde hutang. Cuma dia pun dah berusia la di waktu dia membeli semua tu. Tapi sekurang-kurangnya dia lepas dari beban hutang. Persepsi masyarakat kita pun kekadang mempengaruhi (kadang diri sendiri pun), terutama bila tgk org tu yg jawatan dia xla seberapa hebat tapi pakaian dia meletop, kereta dahsyat, aksesori diri toksah cakap la, mmg berjenama saje. Kita ni pun mula terdetik, 'ish, aku ni naik kete lama je, motor pun dh mcm nk runtuh, xleh jadi ni' n there it goes...kita pn ikut orang. Tup tup, hutang keliling pinggang.

Jadi pesanku kepada semua di luar sana, juga pada diriku, sama2 la kita muhasabah diri ini semoga hidup kita lebih diberkati. Bukan dengan apa yg dimiliki sebaliknya dengan apa yg kita perolehi :)


Monday, June 18, 2012

Anak-anakku :)


Semalam aku dan isteriku membawa anak kami utk mengambil suntikan berwajib seperti yg ditetapkan. Alhamdulillah semuanya seperti biasa, Cuma ada sedikit kerisauan bila anak kami beratnya naik terlalu sedikit. Doktor pun nak ambil sampel urin untuk buat semakan lanjut. Risau mmg x dinafikan la terutama mama. Tapi takpe, mungkin sbb anakku yg kcil ini kurang tido yg menyebabkan berat badannya x naik. (Ayat penyedap hati). Ketika ini, kami berdoa semoga tiada apa masalah pada anak kami.

Itu merupakan rentetan terbaru mengenai anak kami. Antara sebab utama aku membuat keputusan untuk berhenti bekerja juga kerana anak kami (waktu tu baru ada seorang). Masa tu aku dan isteriku ada masalah untuk menghantar anak kepada pengasuh. Pengasuh yg kami hantar waktu tu tidak mengikut spesifikasi kementerian. Pakai buai, xde tangga keselamatan, pengasuh yg x cukup. Nak cari org perseorangan utk jaga anak kami pn sukar waktu tu. Masa tu umur anak kami dalam 6 bulan. Jadi, setelah berbincang, aku mengambil keputusan untuk berhenti. Kenapa aku dan bukan isteriku? Ini kerana isteriku mempunyai pekerjaan yg lebih stabil dan lebih fleksibel berbanding aku. Tambahan pula, waktu tu aku dah memulakan perniagaan ‘online’ ni. Jadi lebih baik jika aku yg berhenti. Isteriku berasa bersalah kerana aku yg terpaksa berhenti kerja dan bukan dia. Tapi itulah yg terbaik InsyaAllah :) Aku juga menguatkan tekad bahawa jika kita berusaha, berdoa dan berserah, InsyaAllah rezeki tu ada.

Boleh ke aku jaga? Aku ni adik pn xde, cuma ada sorang kakak je. Itula antara persoalan yang bermain masa aku mula-mula nk berenti, tapi Alhamdulillah berkat tunjuk ajar isteriku, aku dapat menjaga anak kami. (sekarang dh jaga 2 anak lagi. Hehe..) Namun, aku mengakui, aku x sehebat isteriku. Naluri seorang ibu berbeza. Cuma alhamdulillah aku dapat juga menjaga anak kami sebaik mungkin walau tidak sehebat isteriku. Terima kasih sayang :)

Ok, itu je utk entri kali ni. Abang nak tgk tv, adik nk tdo.. Huhu..Wassalam.

Sunday, June 17, 2012

Papa Surarumah

Assalamualaikum semua.

Terima kasih sbb sudi melayari blog ni yg x seberapa. (Baru buat blog, byk x reti lagi). Huhu..Mesti anda nk tau kan, kenapa title blog ni Lelaki, Suami dan Papa seterusnya nama blog ni papasurarumah.blogspot.com

Secara x langsung sebenarnya ianya menggambarkan aku sebagai seorang lelaki, seorang suami dan seterusnya papa kepada 2 org cahaya mata.

Aku adalah seorang suami dan papa kepada 2 orang cahaya mata (alhamdulillah, rezeki dari Allah). Sebenarnya aku telah menjadi surarumah sepenuh masa selama 2 tahun dan aku telah berkahwin lebih dari 6 tahun. Terima kasih kepada isteriku yang amat memahami, menjadi isteri dan mama terbaik buatku dan anak-anak kami.

Mesti ramai yang skeptikal apabila berkata mengenai surarumah a.k.a house husband. Tapi mungkin ramai yang tidak mengetahui realitinya. Walaupun aku tidak bekerja secara nyata, tetapi aku mencari rezeki dengan menjadi usahawan secara atas talian ('online business'). Ini kerana tugas dan tanggungjawab seorang suami adalah untuk mencari rezki dan menyediakan tempat berlindung utk keluarga. Cuma mungkin cara aku yang berbeza berbanding mereka yang lain terutamanya di negara kita yang tercinta yakni Malaysia :)

Stigma masyarakat yang memandang serong terhadap 'profesion' ini sebenarnya didorong oleh kurangnya pemahaman mereka dan mungkin ramai yang akan cakap "makan duit bini je.." sedangkan mereka sendiri tidak pernah menceburi 'profesion' ini. Mungkin juga berdasarkan pengalaman buruk mereka sebelum ini atau berdasarkan pengalaman orang lain :)

Blog ni aku tulis sekadar utk berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang surarumah / househusband. Mungkin ramai di luar sana yg jadi surarumah ni tp segan dengan masyarakat (aku pn salah seorang la tu). Jadi semoga adanya blog ni, x kiralah anda surarumah ke, surirumah ke, suami, isteri atau sesiapa sahaja dapat sama2 kita berkongsi kehidupan sebagai surarumah :)