Tuesday, June 26, 2012

Euro 2012



Sekali lagi aku muatkan entri untuk arini. Mengisi masa lapang gitu. Hehe..

Memandangkan pusingan separuh akhir pun dah nak mula, aku sebagai peminat sukan tak ketinggalan utk 'update' info terkini. Aku mmg minat sukan dari aku kanak-kanak lagi. Antara memori terawal yang aku masih ingat sewaktu Malaysia menjulang Piala Thomas buat kali terakhir pada 1992. Masa tu aku baru darjah 3. Mmg sangat gembira waktu tu walaupun sekadar tengok depan TV. Selepas tu aku terus menyaksikan perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa.

Ok, back to Euro 2012. Dah masuk separuh akhir dah sekarang. Malam ni Sepanyol VS Portugal. Aku memilih Sepanyol untuk melangkah ke akhir atas beberapa faktor. Selain dari Juara Bertahan dan juga Juara Piala Dunia yang lepas, Sepanyol dilihat seimbang di setiap posisi. Kawalan permainan yang menarik terutama dari bahagian tengah yang dikemudi oleh Iniesta dan juga Xavi. Diperkuatkan oleh Xabi Alonso, aku rasa antara himpunan pemain tengah terbaik dunia. Itu tak termasuk Fabregas dan yang lain. Corak permainan mereka pun lebih seimbang antara satu sama lain. Bila bahagian tengah mantap, maka susah untuk pasukan lain nak menembusi benteng diorang. Walaupun mungkin ketiadaan Puyol sedikit dirasai dan kecederaan Villa sedikit merencatkan perancangan Del Bosque selaku pengurus, aku rasa ramai pemain lain boleh tampil untuk menjadi 'hero' pasukan di saat memerlukan. Iker Casillas selaku penjaga gawang juga sudah banyak pengalaman (Victor Valdes pun ada woo dalam skuad ni). Jadi, kekuatan mereka lebih seimbang dan persembahan yang agak baik dari Torres memungkinkan mereka untuk melangkah ke pentas akhir.

Pertugal x bagus ke? Bukan nak merendahkan Portugal, cuma jika dilihat mereka terlalu mengharapkan Cristiano Ronaldo untuk menjadi hero pasukan. Sama sewaktu zaman Luis Figo dahulu. Cuma sesuatu yang menarik, Portugal ada 2 pemain sayap yang pantas dan hebat iaitu Ronaldo dan Nani. Ini mungkin boleh menjadi faktor yang menyebabkan Sepanyol berputih mata dengan gerakan pantas mereka. Dari bahagian lain, rasanya Portugal agak kurang menyerlah. Pepe juga perlu berada pada persembahan yang baik untuk mengekang jentera tengah dan serangan Sepanyol. Jadi rasanya 2 pemain yang mampu untuk membuatkan Sepanyol kempunan aksi final adalah Ronaldo dan Nani. Jika mereka berada pada tahap terbaik, tidak mustahil kejutan mampu dilakukan. Apapun, diharapkan perlawanan itu nanti merupakan perlawanan yang menarik dan tidak membosankan seperti ketika Sepanyol dan Perancis tempoh hari. Sekian sahaja, majulah sukan untuk negara.

Wah, dah macam pengulas sukan plak aku ni. Kepada pembaca blog ni yang ada pendapat tentang Euro 2012 ni, boleh la nyatakan komen anda di bawah. Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment