Wednesday, June 20, 2012

Isteri Solehah


Alhamdulillah, sempat lg utk aku menulis dlm blog ni (baru lpas tidokan anak yg kecik). Kali ni nk story sket pasal Isteri Solehah. Sebelum tu credit kepada blog Encik Yunus di atas gambar yang menarik ini.

Isteri Solehah...satu topik yg ckup besar utk aku kupas. Ilmu agama ku tidaklah setinggi mana nk kupas ni pun, cuma di sini apa yang aku nak sampaikan adalah satu penghargaan kepada isteriku sendiri. Terima kasih dan syukur aku kepada Allah kerana telah mengurniakan aku seorang Isteri yang sangat baik kepada ku dan seorang Ibu yang sangat bertanggungjawab kepada anak-anakku.

Apabila kami berkahwin, isteriku dengan rela hati sedia berkongsi bersamaku dalam apa jua yang diperolehinya. Kejayaannya, wang ringgit, kasih sayang dan segalanya yang telah kami kongsi bersama. Tidak pernah sekalipun isteriku mengungkit akan pemberiannya atau perkongsiannya bersamaku. Tanggungjawab aku sebagai suami adalah menyediakan keperluan untuk kami sekeluarga tetapi isteriku dengan rela hatinya sedia berkongsi untuk meringankan bebanku. Banyak yang telah kami tempuh bersama sepanjang perkahwinan kami.

Semasa awal perkahwinan, kami menjadi weekend husband and wife kerana faktor jarak. Kemudian, aku mendapat pekerjaan berhampiran tempat kerja isteriku. Alhamdulillah, kami dapat tinggal bersama. Aku sangat mengagumi dan mengucapkan terima kasih kepada isteriku kerana sanggup bersabar denganku. Sanggup menerimaku seadanya. Kami telah berhijrah sebanyak 6 kali sepanjang perkahwinan kami. Sesungguhnya hijrah itu adalah sesuatu yang sangat baik. Utk mencari sesuatu yang lebih baik, pengalaman dan pelbagai perkara akan kita perolehi dan pelajari dengan berhijrah. Tak semestinya pindah rumah je, perubahan perangai (berhijrah dari buruk ke baik) atau apa jua perubahan dikatakan hijrah. Hijrah mmg perlu dalam Islam. Kita sendiri perlu menentukan bagaimana bentuk penghijrahan kita.

Ok, back to topic. Alhamdulillah isteriku seorang muslimah yang padaku adalah seorang yang solehah. Taat pada perintah Allah, layanannya kepadaku dan anak2 kami sangat aku kagumi. Isteriku bekerja tapi masih sempat untuk menyediakan keperluan kami sekeluarga sebelum pergi bekerja atau selepas pulang bekerja. Aku tidak begitu romantik, selalunya tiada apa pun yg aku beri kepada isteriku pada hari ulangtahun perkahwinan kami atau hari lahirnya. Tapi sedikit pun beliau tidak mengeluh, sebaliknya dia berkata, tidak perlu membazir dan dia bersyukur kerana mempunyaiku sebagai suami dan anak-anak kami. Itu adalah hadiah paling berharga katanya. Semoga suatu hari nanti aku dapat membawanya untuk bercuti ke percutian idamannya dan berehat setelah dirinya penat melayan kerenahku dan anak-anak kami InsyaAllah.

Kepada isteriku, terima kasih atas segalanya. Segalanya yang tak terungkap dengan kata-kata. Terima kasih kerana menjadi isteri yang terbaik untukku, mama yang sangat mulia kepada anak-anak kami. Diharapkan perkahwinan kita kekal bahagia hingga akhir hayat. Semoga isteriku terdiri di kalangan wanita solehah dan mendapat berkat dari Allah. I love you sayang :)

No comments:

Post a Comment