Sunday, August 5, 2012

Semakin di Penghujung

Gambar hiasan dari http://blog-pke.com/lafaz-niat-berpuasa-di-bulan-ramadhan.
Terima kasih :)

Assalamualaikum semua..

Kini tinggal beberapa hari saja lagi sblum berakhirnya Ramadhan. Sedih pulak rasa. Macam sekejap je Ramadhan kali ni. Alhamdulillah sebab masih dapat merasai Ramadhan pada kali ni.

Ramadhan ni banyak fadhilat dan rahmatnya. Semoga kita semua beroleh kebaikannya. Seronok aku  tgk anak-anak kecil yg berpuasa. Anak buah aku sorang ni berusia 6 tahun belajar berpuasa. Teringat masa kecik2 belajar puasa. Yg menariknya anak buah aku ni, kalo sebelum berbuka macam2 dia teringin. Air tebu  la, nasi, muffin dan mcm2 lagi (jgn kata budak kecik, mak ngn bapak budak pn kalo sebelum berbuka tu mcm2 nk makan. Heehe...). Seronok tgk mereka belajar berpuasa.

Bagi anak aku yg br nk masuk 3 tahun ni, mmg x puasa la kan, tapi dia dah paham bila aku ngn wife aku ckp kami berpuasa. Yg lawaknya, kadang2 dia minum pastu nk bg kt aku pastu dia ckp "Eh pose la..." Kadang dia sndiri ckp dia x pose.  Haha...xpela, bg dia kenal dlu basic apa itu puasa. InsyaAllah di tahun2 mendatang dia boleh belajar berpuasa.

Sebagai ibu bapa, mmg jadi tanggungjawab kita utk mengajar anak-anak berpuasa, solat dan pelbagai lagi fardhu ain dan fardhu kifayah untuk bekalan mereka nanti. Bagi aku sendiri, aku takde la harta berjuta juta nak wariskan pada anak-anak aku, tapi aku berharap mereka mampu menjadi anak2 yg soleh dan solehah. Padaku, itula yg terbaik yg aku pinta dari mereka. Dan untuk itu, mmg menjadi tanggungjawab kita sbg ibu bapa utk mendidik mereka. Semoga aku dan isteriku berjaya menjadikan anak2 kami anak2 yg soleh dan solehah.

Okla, dh hampir 12 tghari ni. Baju sedang menanti utk dibasuh ni. Haha..time to work. Ahaks :P

p/s : Aku check dh ad 4 org follow blog ni. Terima kasih semua yg sudi untuk meng'follow' blog yg x seberapa ni. Hehe..



2 comments:

  1. Anak sulung sy umur 7 thn, alhamdulillah thn ni berpuasa penuh dan setakat ini baru sehari je tak puasa. Yg adiknya (5 thn) baru larat berpuasa separuh hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, seronoknya. Anak saya br tau apa tu puasa. Kalau pergi Bazar Ramadhan, dia yg kelam kabut nk air, mcm dia yg puasa. Hehe..

      Delete